Tuesday, April 30, 2013

rebat telefon rm200

    umi saja cuba nasib mana tau ada rezeki nak dapat rebat rm200 ni,lg pun tgh cari smartphone skang ni.cik hubby yg isi borang kat  sini,alhamdullilah ada rezeki.senang je syaratnya korang mesti

.. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

   dah isi tunggu kejap je terus dpt pengesahan,mcm umi hari tu,submit form dlm beberapa minit je dah tahu keputusan berjaya.korang print @ printscreen keputusan tu,nnt time nak beli telefon korang just bawa ic dan print pengesahan td ke mana-mana centre.tapi umi blom sempat lg nak pakai rebat ni tgh usha smartphone dulu sblm decide nak amek yng mana,korang yg dah guna rebat ni blh share pengalaman korang ngan umi..ni senarai centre yang terlibat..

Monday, April 29, 2013

terjumpa iklan ni...

blh baca tak?,umi terjumpa iklan ni time teman hubby ke klinik di bandar pusat jengka,berkekek-kekek kami gelak,yang no 1 dan 4 tu yg tak blh tahan..macam-macam la diaorg ni,hihihi

Friday, April 26, 2013

*wordless friday*

   hoyehhh,,ari ni dah jumaat,esok budak-budak tak sekolah umi blh rest ckit.mood malas giler hari ni nape ntah.masak pun idak lagi.mujur le anak tak cerewet goreng telur pun ok,sedap katanya..siap si yana(ank ke 3) cakap shedap la umi masyak nih,esyok masyak cam ni lagi tau,hahahaha lawak je.
  hari ni dok dpn lappy jer survey hotel kat perlis,kat langkawi dah settle.ada cadangan tak hotel yg murah sb nk stay 1 mlm je,rasa tak berbaloi nak byr mahal2,huhu

                                                  

Wednesday, April 24, 2013

mari!mari!mari!!!!pre order serunding,popia dan tart

   mari rapat mari dekat,nih akak nak nak buka table pagi-pagi ni,pre order serunding daging,ikan,popia simpul,popia nestum,tart nenas.mmg tiap-tiap tahun buat pun cuma tahun ni umi luaskan sedikit lagi open untuk online..
   harga murah je,kualiti insyaALLAH korang akan puas hati.umi saja buka order awal sbb senang bulan puasa nnt umi tggl siapkan aje order-order korang.boleh order sekarang sampai awal ramadhan saja.seminggu puasa umi tutup order ye sbb umi tak mau kelam kabut nak amek order dan siapkan tempahan serentak,tak terkejar ahkak nnt dik oiii!
   jom cekidaut harga

~serunding daging  500gram         rm30
~serunding ikan      500 gram        rm25
~popia simpul         500 gram        rm15
~popia nestum        500 gram         rm17
~tart nenas              50 biji              rm22

Friday, April 19, 2013

khasiat daun sireh

 
                                           



 dulu bila tengok daun sireh mesti teringat kan org nak wat hantaran kawen je,huhu..naif sgt langsung tak amek port pasal khasiat dia..bila dah start keje baru la luas ckit pengetahuan,itu pun sbb zaman ank dara kena jaga diri,umi ni tak suka pakai pembersih miss v yang ada kat pasaran,x serasi betul,kebetulan masa balik keje tu singgah kedai beli majalah wanita terjumpa petua membersih miss v guna air rebusan sireh,cantekkkk..esok tu pulak umi mmg cuti so merayau ke kajang cari daun sireh,mujur senang je dapatnya,balik hostel terus rebus,buat cebok dan minum..start dari hr tu tiap-tiap bulan mesti buat,best sgt!
      sampai la dah kawen anak dah 4 umi masih amalkan lagi cuma tak kerap mcm zaman bujang dulu..tiap kali balik kampung umah MIL mesti amek,sbb mak mertua mmg tanam,sampaii biras ngan adik ipar siap tanya umi ni ada masalah keputihan ke?hihihi..sebenarnya umi  pernah kena keputihan tapi sekali je time peknen ank yg ke 4,itu pun sekejap aje.tapi sbb kan khasiat dia byk dan bagus utk wanita maka umi amalkan jugak walau tak de masalah keputihan ni,cuma tak kerap..mencegah lagi baik dari mengubati kan?hehehe
  ini antara khasiat daun sireh,

1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
 
 
sumber dari ohbulan

Thursday, April 18, 2013

pati delima gulshan


                                                      

  masuk hari ni dah dekat seminggu umi amalkan minum pati delima gushan ni,beli dgn adik ipar rm18 aje,rasa dia sdp masam-masam manis.kadang-kadang klu malas nak bancuh ngan air umi minum mcm tu je dlm satu sudu besar,pagi dan malam.perut rasa ringan je,lancar je nak membuang tu..yang penting khasiat dia byk,bgs utk wanita..
  
 ini yg umi search kat internet tadi,sumber dari tuan tanah,terima kasih..


Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melancarkan peredaran darah
Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan…InsyaAllah…
Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
Awet muda…sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)…
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua…dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung…..Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang…!!! :)
Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin…
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

Wednesday, April 17, 2013

plus size pant

 hurmmm,semenjak berbadan  plus size ni,susahnya nak cari seluar baju,kadang-kadang sampai rasa give up nk gi kedai,trend yg ada skang dah sama saiz ngan saiz ank umi,kocik jo!tensi!!!kalau ada yang saiz besar ckit pun trend-trend utk berumur,adoiiii.pening.
 umi ni dok berkenan la seluar yang warna-warni tu,cam best je..tak de la pakai yg warna selamat sepanjang masa,ada masa kena berani jugak cuba warna-warna ni,maka dok usha seharian kat internet..samapi la umi jumpa website .jessebella,moh le kita cuci mata dan poket,rasanya harga tu dah berpatutan sgt,yg penting org plus size pun boleh bergaya..i loike!!
  tadi dah col owner dia,nk self pick up kat kedai dia lg pun dkt ngan umah aje rupanya,tapi mggu ni order penuh,next week baru blh self pick,x pe..sabar ye umi....yang penting umi dah aim warna maroon dan sky blue..




Sunday, April 14, 2013

sf beauty




sapa pernah pakai produk ni,sila mengaku..hihi.umi dulu cukup takut nak cuba sembarang produk ,ye la kang kalau tak kena gaya makin teruk jadinya,nak jadikan cerita umi jumpa kawan lama umi,so tgh2 melepak tu perasan muka dia nampak licin je,bersih,sbb dia ni jenis kulit yg byk masalah,jerawat besar2 tu,kadang=kadang klu naik tang hidung sampai senget2 hidung dia,hahaha.tapi malam tu flawless je cerah pun cerah.umi cuba la merisik-risik jugak dia pakai apa,tgh sengih-sengih tu dia ckp dia pakai sf beauty,umi ni blur kejap,tak pernah dgr pun,huhu
 dia ckp ramai dh kawan sekerja dia pakai sume ok,apa lagi malam tu balik umah godek kat gugel pasal produk ni,nak try jugak..hihi
  dipendek kan cerita umi beli,cuba sendiri dalm sebulan lbh,nak tgk kesan dia,hasilnya jiran-jiran sibuk dok tanya umi ni pakai krim apa,kulit nampak halus dan bersih,muahahaha termalu pulak!since dah ramai yg tanya umi decide umi nak jual,maka sampai hari ni umi adalah dealer sah sf beauty bagi area meru,klang,sapa-sapa yang rasa nak try blh komen @email umi,


Friday, April 12, 2013

kuruskan badan???

  tajuk yang tak boleh blah hari ni,puncanya pagi tadi membelek seluar utk balik kampung..ada la jumpa seluar ni dah agak lama jugak umi tak pakai.umi ni jenis yg setia sgt,ok sila muntah..muahahaha.umi ni ada satu je pebret jeans,umi pakai dah bertahun sampai naik lusuh,dah koyak pun,sayangnya..tu yg cari seluar lain kat gobok tu,sekali test la kot2  makin ketat sekali dah pakai ishhh,longgar weiiii!betul ke ni??umi rasa umi tak de plan diet bulan ni,tapi ari tu ada la umi pantang makan ckit sbb kena darah tinggi,hohohho,nampak gayanya kena continue lagi la pemakanan cam tu,raya nni nak pakai kebaya,ohh statement suh org pitam,hahahhaha
  ni pun tgh kumpul budget nak beli krim pelangsing,lemak kat perut ni degil nya!!rasa nak potong je lebihan spare kat perut ni,seksa rasanya nak cari baju,skang dok heboh pasal produk hangat fellina inchloss.umi pun nak try la,ada ke wakil fellina nak jadikan umi testimoni,huahauhauhauha.tggu umi try sebulan dua nnt umi kasi review..umi just nak try tang lemak degil ni je,peha dan perut yg dah overload lemak ni.


 

Thursday, April 11, 2013

punca sakit tumit kaki

                            

 ermmmm,pernah tak korang sakit tumit kaki.aduhh kalau bangun pagi tu nak pijak lantai uii sakitnya.jln pun berdengkot(betul ke ejaan nih!)..umi pernah kena dekat sebulan jugak sakitnya,paling sakit time pagi la,mungkin urat sejuk kot lagi-lagi lantai simen siap rasa menyucuk kat dlm tumit tu..tapi lama-lama hilang lepas umi amalkan minum cuka epal,dan byk kan minum air masak..
  dua tiga hari ni cik hubby plak mengadu sakit tumit,tak boleh jadi ni umi cari jugak info tentang hal ni,klu nampak makin teruk kena jugak gi urut atau jumpa doktor..buat sementara ni umi suh dia minum air masak byk-byk ngan amek cuka epal,malam-malam nak tido sapu minyak panas..klu tak tgh mlm mesti kramp punya betis dia.ni antara yg sempat umi baca tadi so umi kongsikan untuk panduan bersama..

Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak

Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.
Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

Bagaimana mencegahnya ?
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.
Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
  • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics
Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?
Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
- balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
- bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?
* nota dari sini


Friday, April 5, 2013

deko ruangtamu

 umi sekarang ni tgh dalam mood nak deko-deko,idak le pandai sgt tapi cedok-cedok idea org utk wat panduan.umi ni jenis yang tak suka rumah bersemak dgn bunga,rimas lagipun ada anak kecil yang rajin sgt mengemas,karang pasu ke mana bunga ke mana..dari aku stress dok menjerit sayangkan pasu dari pecah baik tak yah beli terus..hehe dasar tau!
  masa mula -mula ckp ngan en.hubby nak cat interior colour grey bulat-bulat mata dia pandang umi,heran apa..trend kan,colour moden kata ko!!tapi ntah nape semenjak-dua menjak ni mmg dok usha color ni je,suka sgt dok tgk ruang tamu org colour grey ni,pujuk punya pujuk then dpt gak beli cat colour ni,lgpun langsir kita pun warna grey so match kan aje la.tapi satu yg umi tak suka en,huby ni klu beli brg umah dia suka peram dulu agak-agak datang mood rajin yang melampau tu baru dia buat,setakat rajin-rajin biasa x mo nya dia..pernah dulu beli frame AL-QURAN kat ayer itam,jb..sampai dkt setahun br dia gantung kat dinding.umi punya hangin sampai umi try wat sendiri.tapi tak berjaya kopak abis dinding tu kena drill,hahha.tapi kan ada hikmahnya lps je dia blk keje tgk dinding dah jahanam terus esoknya gantung sume frame kat dinding,nak kena buat gitu lagi ??layan aje la angan-angan umi ni dulu ,dah siap deko esok-esok umi cuba letak dlm blog
suka tengok,soft je color dia


cam ni pun cun..




cat yg beli tu lbh kurang ni la warnanya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...