Tuesday, December 24, 2013

penghujung 2013

   lagi seminggu countdown untuk new year..byk benda yg jadi tahun ni,perkara yg tak pernah terlintas di fikiran akan jadi,salah satu nya umi peknen tahun ni,time tu pegi holiday kat langkawi..tersangkut lerr pulak,tak pe alhamdullilah rezeki,keduanya pada  check up 16 minggu umi disahkan hamil kembar!!YA ALLAH,terkedu seketika bila doktor scan sampai 3 kali untuk sahkan ada 2 jantung dlm rahim ni.saat tu mcm tak de perasaan nak menangis tapi tak de air mata,nak gelak tapi tak de benda yg lucu,sebab dlm family kami mmg tak de sejarah kembar,so dlm keadaan bermimpi tu umi cuba tenangkan diri dan yakin bahawa ini rezeki dari NYA.
  dalam tahun ni jugak hubby tak berapa sihat,ulang-alik ke hospital dan amek ubat aje..kami redha,ujian yg datang ni mmg agak perit tapi umi yakin ada sesuatu yang lebih baik ALLAH nak bagi untuk kami..

Friday, December 13, 2013

balik kampung

 tuan tanah nak balik kampung ptg ni,ada kenduri akikah kongsi adik beradik maka tumbang sekor lembu,pffftt!mcm kenduri kawen plak..huhu.
  balik nnt kang baru update itu pun klu laptop ni ok,klu tak tahun dpn baru masuk enrty baru.makyong ni dah tak kuasa nak hadap blog,peknen kali ni malas tu berganda,maklum le bawa 2 orang dlm perut ni,pinggang pun dah start sakit-sakit,well dah masuk 7 bulan ni,tak sabar nak tggu twin ni kuar,doakan umi selamat melahirkan baby ni ye..

Tuesday, December 10, 2013

pureen warehouse sale

sorry le cerita dah basi baru terhegeh-hegeh nak update,tuan tanah sibuk bebenor,puiiiii!laptop umi tgh prob skang ni,tu yg tenggelam timbul update entry...
 umi ngan hubby sebenarnya terbelah-bagi nak pegi warehouse sale ni,baca komen dari ramai org yang warehousesale ni padat giler,sampai berlaga perut,scary pulak  makyong ni dgr,kang ada yang pitam tgh crowded gitu!tapi  entah camana mulut ni ringan jugak ajak hubby pegi,tawakal je klu  ramai sgt kita singgah jusco je la sudahnya..anak-anak sume tinggal ngan mak jap tak berani nak bawa askar ni masuk tempat gitu ,satu hal pulak nak control tgh org ramai tu,mana nak berebut brg baby lagi.
kitaorg pegi hari ahad,last day sale tu gerak dari rumah dlm kul 10 lebih dah.list yang tulis tu ntah ke mana peginya,tapi mujur sbb ana dah ramai so mmg basic yg na beli tu dah tau dah..tak de la ame stuff yang meraban nnt.
  sampai je perkara pertama kena buat adalah parking,dua kali tawaf jugak baru dpt parking,biasa la dah nama pun sale tentu org pun ramai,redah jugak masuk..kat entrance tu ada pintu keluar masuk so ok je,tak berebut..kat bahagian depan ni barang-barang mandian,breastpump,botol susu mcm-mcm lagi la.rambang mata jap.tapi umi tak stop kat situ sbb umi aim baju baby dulu so kitaorg gi ke belakang ckit untuk baju-baju baby  ni,dari jauh dah nampak dah ramai org melepak kat tepi sudut khas untuk pilih baju baby.maknanya diorg dtg grab baju-baju tu masuk dlm bag ikea tu then duduk satu sudut dan pilih yang berkenan,yang tak nak tu diaorg hantar balik kat rak,tapi ramai je yg main tinggal kat situ je,nnt ada parent lain dtg dan pilih dari beg tu.hurmmm...
kat rak baju baby yg lelong rm3 tu mmg ramai org,sampai menyelit juga la hubby,tapi tak byk choice sgt,mungkin sbb ramai yg dah angkut byk-by kemudian terus tinggal kat tepi gitu je so mmg tak byk sgt la dlm rak tu.mula-mula umi ame je dulu yg mana rasa berkenan,pastu terus gi bahagian yg siap sepasang-sepasang,so takde la tercari-cari mana baju,mana seluar..kat rak ni tak ramai org sbb org sume aim yg rm3 sehelai tu,means sepasang baru rm6.murahh sgt!amek barut,sarung tgn,selimut,tuala,kelambu.dah blah.klu ikut hubby dia suh byr terus gitu je tak payah pilih tapi umi takut terlebih sgt baju-baju so moh le kita join the geng yang tgh sibuk pilih baju tu,pihak pureen ni ada sediakan kotak buat alas duduk so duduk le kami kat tepi tu,mula-mula boleh bantai gelak ngan hubby.dah pilih yang berkenan tu kemas balik yang tak nak,terus ke dpn cari barang lain pulak,bedak,tisu basah,mandian,lampin,pampers mcm-mcm lagi la,yg penting masa byr tak beratur panjang,cepat je..so klu next time nak pegi tak la cuak sgt sbb pengalaman kali ni tak le scary,hihii,.tapi part nak byr tu yg scary sbb bill terlebih sudah!!korang layan gambar je la kat bawah ni ye..

kat kaunter bayaran

hasil rembatan


tisu basah,malas nak rotate pandai-pandai orang la teleng kepala tu,hahha

barut

sarung tangan dan kaki

yang bersusun tu baju,sume sekali dpt 16 pasang


dah siap bayar,jom blahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...