Wednesday, July 10, 2013

biskut raya

 pengsan!baru sehari berpuasa dah sibuk nak wat biskut raya kan?hahaha.umi ni bukan jenis wat kuih awal tggu lagi  2 minggu nak raya baru terhegeh-hegeh nk uli kuih.kang klu buat awal askar ramai,kejap je gempur settle kuih dlm tupperware.sabor aje la anak.
 mcm biasa tahun-tahun sudah pun umi buat sdr,jarang beli sbb selalunya klu beli yang jual kat pasar tu bentuk lain tapi rasa sama.hampeh!sebelum mengundang caci maki baikm tak yah beli.buat sdr puas hati kan.yang wajib umi buat tart nenas,kuih kacang,biskut arab,dahlia.tahun lepas tambah menu umi buat snow almond,tahun ni cadangnya nak tambah lagi tapi tak tau apa lagi jenisnya tu.,tgh gugel.nnt tinggal masuk list,pastu gi kedai bakeri cr bahan.
 umi suka wat kuih time lps sahur,settle ank skolah dullu terus buat.sbb time ni askar junior tak bgn lg.time diaorg bgn tu umi dh hampir settle wat kuih tggl nak bakar je.klu dia bgn  time umi tgh uli jawabnya,doh tu kena separate la,bg diorg ckit klu tak selagi tu la dok menyanyi kat telinga umi ni minta doh nak wat kuih jugak...
 korang layan gambar gugel aje la dulu,nnt klu umi dah wat kuih umi tepek gambar kat sini.umi ni nama je blogger tapi malas bebenor nak snap gambar,nape ntahh!

harus ada nih,pebret satu kuarga



kuih arab lemak-lemak manis




sodap jugak


biskut yang dapat pujian dari laki sdr,hahah

ni pun sama kegemaran laki mak,auww!!

sekadar tambah koleksi atas meja,tapi sedap jer aku rasa..haha pasal aku yang buat
 tapi rasanya tahun ni nak wat biskut yang buat laki umi tambah wow!!nak tau kuih apa..surprise ckit scroll down ye





























































































































































































amacam seksi tak biskut raya i??kohkohkohkoh!!
*julingbijikmatapakcik*pitam
















































Tuesday, July 9, 2013

kelebihan bulan ramadhan

esok dah start pose,alhamdullillah diberi peluang utk berpuasa lagi thn ni,ameen.umi harap sgt umi mampu manfaatkan kelebihan ramadhan.ok umi kongsi sedikit ilmu yg umi gugel td


KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA
Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal. 
  • sumber dari sini

Monday, July 8, 2013

dapat offer booth

 ptg semalam tgh lepak-lepak lyn anak ngan laki dpn tv,dpt col.ada org offer umi tapak booth untuk festival jom balik raya kat mont kiara,khas utk jual brg-brg raya,cam best plak klu dpt join sbb time ni umi blh perkenal kan produk hasil air  tangan sdr kat org,dan masa ni jugak peluang untuk umi melangkah lebih jauh.sbb produk serunding ni potensi dia besar,nak-nak lagi time pose dan raya ni.demand utk bulan -bulan lain pun tinggi sbb serunding ni blh di pelbagaikan.tapi tu la kan,sewa tapak rm ratus-ratus jugak sehari,mcm tak mampu je makcik!
 so berpegang pada mungkin blom masa nya lagi umi kena pejam mata dulu tolak offer ni,maybe next time.umi ni keja sorang tak de pembantu,klu ada pun laki sdr yang tlg klu sempat.tapi klu setakat korang nak tempah serunding,tart ngan popia simpul utk raya ni blh lagi umi amek order.mggu ni tgh nak siapkan serunding lagi,buat stok ckit klu ada order blh terus pos aje.

Sunday, July 7, 2013

menyesal!!

 sekarang pukul 3 pagi,tadi masa umi masuk tido dkt kul 12 dah,so brape jam aje tido nya??mmg malam ni umi tak boleh tido ngan aman,rasa ralat,menyesal sume ada!!hishh nak salahkan sapa?punca nya umi tersalah beli kain raya utk anak-anak ,nak beli lain duit pulak dah lebur byk ptg smlm,so terpaksa aje la redha,kesian anak umi.ni la jadi klu pegi kedai bw bdk-bdk,masing-masing nak buat hal,umi rasa mcm nak bersilat aje tgh2 kedai tu,2-3 kali masuk kedai kain cari yg mana berkenan,bila ada yg berkenan kain pulak yg tak cukup!demmmmm.
 masuk kedai yg ke 3 umi dah penat,dgn ank mula nak meragam,kain yg di cari pun byk out dated!!umi dh penat sgt sampai umi suruh cik hubby bw anak masuk keta biar umi aje cari.tp yg penting kain utk anak cik hubby dah setuju,masa tu gasak la nak pilih yg mcm mana serius umi migrain dgn corak kain,warna  sume.pulak tu temanya oren ,mmg tambah migrain la aku membelek kain dlm kedai tu,dari sekecik-kecik bunga sampai besar bagak sume dah tak nampak cantik kat mata,hoiiii .umi dah malas pejam mata aje la tunjuk walau sebenarnya hati mmg dah tawar sgt....:(
 pastu pulak  masuk pulak keta cik hubby tanya nak makan kat mana,umi ni dah pening pale,mana-mana pun boleh tak kisah la janji anak kenyang udah!last-last gi makan kat jeram,mula nak masuk aroma ikan bakar,tempat biasa yg kita org makan ,tapi punya la ramai makhluk,sampai takde meja,adoiii,terpusing-pusing cari last-last kitaorg try kedai sebelah tu,serius umi tak pernah perasan kedai ni sblm ni,restoran tu pun mcm tak ramai org,so kita try la mana tau sdp kan.masuk aje tgk ada la 5-6 meja yg penuh yg lain kosong lagi,so umi ckp tak pe kita review pulak makan kat sini sdp tak,klu sdp kita blh suggest kat org lain,duduk aje ada budak dtg amek order,ok cepat,gud!umi order 2 pinggan nasi goreng kampung,2 nasi putih,pari bakar,tomyam kelapa,telur bistik.agak lama jugak tunggu baru la sampai air,umi tgk lagi sekeliling mmg tak ramai org tapi apesal lambat benor air ni sampai,ok takpe mungkin budak buat air ni sorang aje,ayat nak sdp kan hati.dah sampai air  dah nak abis stgh gelas,sampai pari bakar,budak tu letak aje umi dah mcm tak nape ni,nape ko curah kuah atas pari ni,kuah nya asing la dik oiii,sbb biasa yg umi mkn air asam tu mesti dia letak dlm mangkuk so bila nak makan cicah la byk mana ko nak,ok tak pe lagi bila try,MASIN!ikan pari bakar tu masin.hurmmm bantut dah selera tapi dah lapo makan aje la.dlm 5 minit gitu sampai nasi goreng,punn sama MASIN!sampai umi boleh rasa garam tu berketul kat nasi,anak-anak sume makan bersulam air,hahaha.nape korang ni nak kawen ekk??punya dari jauh nampak tomyam kelapa dah excited nak try sbb katanya tomyam kelapa special,sekali buka tutup tu ceduk-ceduk kuah try,HAMPEH!nape rasa macam ni,adoiii umi yg gila tomyam ni terus rasa ilang selera.telur bistik pun sama,masin.so sape-sape yg ada darah tinggi kena request utk dorang kurangkan garam dlm masakan ye,huhu.tapi mujur harga tak buat umi naik darah tinggi rm64 je kena,masuk keta umi laki bini berborak sbb kesian kedai mungkin baru buka so mungkin la dia tgh kelam-kabut nak setting cara pengurusan diaorg.kita bukan nak condemn kedai dia,tapi bagi la kami yg baru nak try dan support kedai yg baru baru nak naik ni servis yg baik,kepada tukang masak tu kami harap sgt kurang kan garam,nasi goreng tu ok cuma masin je kak..huhuhu.so mlm ni kemenyesalan umi ni berganda ye,sabau je la..
 ~penat la hai taip luahan rasa aogi-pagi buta ni,kohkohkoh!

Wednesday, July 3, 2013

serunding

ni tempahan yang baru siap,esok nak siapkan order lagi,alhamdullillah rezeki sentiasa ada.yang penting kita rajin jer..ok ada sapa lagi nak order blh sms umi 0123751314.postage blh,nk cod pun blh tapi utk area klang ,shah alam,puncak alam dan setia alam aje.klu pos seluruh malaysia blh ye adik-adik.ada serunding ikan dan daging aje buat masa ni,so blh order skang.tata

Tuesday, July 2, 2013

jom sama-sama membantu


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhFbkZ7MpLhi9Dka4HkblbhfyuiskdLLCWZVUfquNnb05JYsTcCAOwtkAH5z_WHFQNeFki6kcVkBvhKXpeAYeWCgzyRUNBEzDzqhkp_jDlyH57TJBhvyBM09veE6c1hJe5EcCbJFppEDo/s640/image001.jpg



ok,umi cuma nak war-war kan kat korang kat luar sana tentang projek iqra,klu korang nak tau lebih lanjut korang klik link kat bawah ni,umi just sebarkan moga-moga ada dermawan yang bermurah hati ingin menghulurkan sedikit bantuan untuk golongan anak yatim dan ibu tunggal. sumbangan bukan sekadar bentuk kewangan tapi korang jugak blh membantu dari segi tenaga.moga bantuan yang korang hulur ni memberi sedikit sinar kepada mereka di pagi syawal nanti.




http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/2013/07/projek-iqra.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...