Sunday, March 31, 2013

info dan petua tentang ketuat

 hari ni umi nak kongsi sedikit artikel dari harian metro,sbg panduan utk diri sdr dan pembaca blog ni.



Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my



Selain orang dewasa, kanak-kanak tidak terkecuali dijangkiti. Ketuat disebabkan virus Human Papilloma (HPV) dan boleh merebak melalui sentuhan.
Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras manakala kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari dan kaki.

Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema atau tidak menjaga kebersihan diri, lebih mudah dijangkiti ketuat.

Ada beberapa jenis ketuat, antaranya ketuat biasa yang sering ditemui di jari, tangan, lutut dan siku. Ia biasanya bersaiz kecil, keras pada sifatnya dan berwarna perang pudar. Permukaan biasa menyerupai kubis bunga dan ada bintik-bintik hitam kecil di dalamnya.

Ketuat rata bersaiz sekecil kepala pin. Jika berlaku pada kanak-kanak, rasanya lebih lembut, warnanya pula boleh jadi merah jambu, perang lembut atau kuning.

Kebanyakan kanak-kanak mengalami ketuat rata di wajah, namun tidak mustahil ia juga boleh timbul di lengan, lutut dan tangan.

Ketuat plantar pula biasanya ditemui di tapak kaki dan jenis ini mendatangkan ketidakselesaan pada yang menanggungnya. Boleh diibaratkan umpama berjalan di atas batu-batu kecil. Ada kala ketuat boleh tumbuh di kawasan genital, namun ia lebih banyak berlaku di jari, kaki dan tangan.

Ramai bertanya adakah ketuat berbahaya. Jawapannya tidak. Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.

Walaupun tiada cara khusus untuk mengelakkan ketuat, amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan.
Jika anak anda mengalami luka, gunakan sabun dan air untuk mencuci bahagian luka.

Ketuat biasanya tidak mengancam kesihatan, jadi ia tidak semestinya dibuang. Doktor akan menyarankan ia dibuang jika mendatangkan sakit atau mudarat kepada pesakit.

Ada pelbagai cara membuang ketuat, termasuk penggunaan krim khas, cyrosurgeri dan rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia tumbuh kembali.


Petua menghilangkan ketuat


  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang

  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut

  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang

  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur sendiri

  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat

  • Saturday, March 30, 2013

    resepi sup bebola ikan tenggiri


    gambar dari cikmanggis jugak,umi punya kamera tgh buat hal so pinjam ye cik manggis





     hari ni terlebih rajin,ada la  2-3 keping isi ikan tenggiri kat fridge,tak tau nak masak apa,mula-mula ingatnya umi nak masak sambal aje,tp ble pk balik boringg!tergodek2-godek ikan tu dlm mangkuk sekali terfikir nak buat bebola ikan,apa lagi basuh tangan capai lappy terus google resepi sup bebola ikan,cari punya cari jumpa la yg nampak cam best je,jom cekidauut resepi dari cikmanggis

    Bebola:
    3keping ikan tenggiri-asingkan isinya dari kulit & tulang
    2 ulas bawang putih
    1 tsp lada hitam
    1 tbsp tepung jagung
    garam
    1 tbsp minyak jagung
     Cara-caranya:
    Tumbuk atau kisar  isi ikan bersama bawang putih,lada hitam dan sedikit garam.Gaul dengan tepung jagung dan minyak masak,Bentukkan bulat bulat dan rebus dengan fish stock.





    Rencah sup:
    2 inci hali-mayang halus
    2 ulas bawang putih-mayang halus
    2 ulas bawang merah-mayang
    1/2 tsp serbuk lada hitam
    Garam secukup rasa
    Sedikit bunga kobis
    daun bawang
    1/2 batang karot.
    Cara-caranya:
    Tumiskan bahan bahan yang dihiris  hingga garing dan tuangkan semua dengan minyak ke dalam sup dan rasakan garamnya.Last sekali masukkan sayur-sayuran.masak hingga mendidih.Siap:)

    Stock ikan:
    Tulang ikan tenggiri*
    Kulit ikan*
    Halia Ketuk*
    *Masak dengan 3 cawan air dan tapis.


    dapat resepi terus buat,tung-tang,tung-tang siap!!sedap la,mcm beli kat kedai pun ye jugak.anak-anak makan sampai tak cukup,harus beli ikan dan buat byk-byk buat stok.tq tuan punya resepi ye..

    Saturday, March 23, 2013

    piknik sungai congkak

      biasala umi ni blh kata tiap kali weekend mmg x leh dok umah.mesti ajak hubby saja cuci mata.klu dok umah pun sbb x chat,klu tak jgn harap la weekend nak melepak dpn tv jer.mlm sabtu tu umi plan ngan hubby nk bw budak-budak gi mandi sg congkak.tapi saja tak bgtau awal-awal,pg esoknya lps diaorg bgn baru ckp
     umi bgn awal-awal pagi,rebus kacang kuda,buat popia gunting,masak nasi,bakar ikan,goreng telur..masak siap2 kat umah dah sampai sg congkak tinggal terjun je,malas la aii nak hidupkan api bagai nak masak..kami gerak dari umah kul 9.45 pg,nak di jadikan satu cerita masa berhenti kat stesen minyak kat tol cheras tu,bateri keta plak buat hal,nak tak nak kena tukau!ishh,dah la belum gaji ni melayang $$$...bila hubby tukar je bateri tapi rupanya ada masalah lain lagi,ntah apa lagi ni!!!hubby kata kena ke workshop dulu tukar menatang apa tah kena lagi $$$...sabau aje la,anak-anak dlm keta dah mula merengek panas,lapar!sampai sg congkak dah dekat kul 2 ptg,

    muka-muka kebulur
    kami amek pondok yg disewa dgn kadar rm5 aje,bl;h la tu janji blh duduk,dana ada tempat letak barang,ok la..budak-budak sempat makan ckit je mata dah tahan tgk air sungai tu..kena paksa abiskan nasi dulu baru turun mandi


    perghh,air mmg sejuk tp layankan aje ..
    sempat bg peace lg ye..hihi ni time lps berendam punya lah haus budak berdua ni!
    pantang hala kamera laju je bg peace..tu sekali nk tayang beg simple dimple diaper bag yang umi beli dari lazada ari tu,hihihi


    resepi biskut chocolate chip

     


    hari ni mood nak mengukis dtg lg,umi asal dtg mood je nak mengepau ke,membaking ke,mengukis je dan-dan tu juga ajak hubby cari brg..mujur la laki umi ni senang ajak keluar,on je manjanggg...
     saja buat biskut nih sbb time cuti skolah ni bdk-bdk kuat mkn,ada saja suh buat,haisshh dari dgr diaorg merengek time umi tak de mood nak masak baik umi buat sekarang,penuhkan balang kat dapur..tinggal diaorg kerjakan je sume tu nnt..
     jom semak resepi simple tp sdp







    bahan di ayak
    2 1/4 cawan tepung gandum
    3 sudu kecil serbuk koko
    2 sudu besar tepung jagung
    1/2 sudu kecil soda bikarbonate
    2 sudu besar susu tepung
    Secubit garam

    Bahan-bahan lain :
    250 gm mentega - suhu bilik
    150 gm gula kastor
    1/2 sudu kecil asen vanilla
    1 biji kuning telur
    1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
    100 gm sebarang kekacang - Optional~umi tak masuk pun
    50 gm kismis hitam - dibelah dua~yg ni pun tak,hihi

     Cara membuatnya :
    1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
    2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
    3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
    4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
    5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
    6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
    7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
    8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
    9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



    sumber dari  kak ct


    Sunday, March 3, 2013

    sambung kisah seminar

      maka dgn susah payah umi dan cik hubby gi cari mana la letaknya jerantut hill resort ni,padahal tiap kali balik umah nenek kat damak mmg lalu pun tapi tak perasan tempat tu.dah la dah terbabas jauh,so terpaksa patah balik ke pekan jerantut.mujur jumpa jugak.klu tak mmg terus balik la.puas melilau akhirnya jumpa bilik seminar,TAPI bila sampai aje kami suami isteri pandang satu sama lain,aikkkk!kata seminar kenapa yg ada hanya kami aje,mungkin budak g daftar tu perasan kami dah mula ragu so dia ckp seminar ni dibuat pagi sampai malam so kedatangan peserta berperingkat,ok lega sikit.then sblm masuk umi dah ckp ngan hubby kita dgr aje apa yg diaorg nk ckp,pastu kita blah sbb umi mmg dh tak sdp hati.
      lebih kurang 5 minit menunggu so datang la seorang lelaki melayu,then kami masuk bilik seminar tu.cara dia approach tu umi dah blh agak dah ni mesti bukan dari jabatan perikanan.lebih kepada salesman!!umi ni selagi ko ckp elok-elok ngan aku dan tak mendesak aku tak akan angkat bontot terus blah,dia cakap umi dgr,dlm pada tu menguap ada lbh 10 kali,serius umi ngantuk tp tahan sbb hormatkan org.pung-pang,pung-pang cerita punya cerita dia suh tgk video plak,maka layan la plak video tu.AND finally dia tanya so akak dan abang rasa berminat taknak sertai,demmmm!!!aku dh agak dah...diaorg ni dr syarikat yg bela ikan arowana tu!mmg umi tau pasal ikan arowana ni,potensi dia cuma umi tak de modal sebanyak yg di minta,rm27k!mana nak gagau..dah la tu sekali manager dia turun tanya,ya boss u mau bayar hari ke,cik hubby kata,kami nak tau dulu berapa modal nak sertai projek ni,so dgn angkuhnya dia ckp 27k,u bayar malam ni rm15k then baki bila loan lulus,gila ke apa suh byr on the spot gitu.lain kali ko aim je la org kaya,senang..panggil org yg tak berduit mcm umi ni mmg tak de nya nak join.lg pun klu tye org yg waras pun kurang-kurang sehari dua jugak balik pikir..
      habis tu terus cari kedai makan,lapar giler dah dkt kul 11 mlm blm makan lagi,punya la kami suami isteri berkejar nak dgr seminar tu..habuk pun x de!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...