Tuesday, December 24, 2013

penghujung 2013

   lagi seminggu countdown untuk new year..byk benda yg jadi tahun ni,perkara yg tak pernah terlintas di fikiran akan jadi,salah satu nya umi peknen tahun ni,time tu pegi holiday kat langkawi..tersangkut lerr pulak,tak pe alhamdullilah rezeki,keduanya pada  check up 16 minggu umi disahkan hamil kembar!!YA ALLAH,terkedu seketika bila doktor scan sampai 3 kali untuk sahkan ada 2 jantung dlm rahim ni.saat tu mcm tak de perasaan nak menangis tapi tak de air mata,nak gelak tapi tak de benda yg lucu,sebab dlm family kami mmg tak de sejarah kembar,so dlm keadaan bermimpi tu umi cuba tenangkan diri dan yakin bahawa ini rezeki dari NYA.
  dalam tahun ni jugak hubby tak berapa sihat,ulang-alik ke hospital dan amek ubat aje..kami redha,ujian yg datang ni mmg agak perit tapi umi yakin ada sesuatu yang lebih baik ALLAH nak bagi untuk kami..

Friday, December 13, 2013

balik kampung

 tuan tanah nak balik kampung ptg ni,ada kenduri akikah kongsi adik beradik maka tumbang sekor lembu,pffftt!mcm kenduri kawen plak..huhu.
  balik nnt kang baru update itu pun klu laptop ni ok,klu tak tahun dpn baru masuk enrty baru.makyong ni dah tak kuasa nak hadap blog,peknen kali ni malas tu berganda,maklum le bawa 2 orang dlm perut ni,pinggang pun dah start sakit-sakit,well dah masuk 7 bulan ni,tak sabar nak tggu twin ni kuar,doakan umi selamat melahirkan baby ni ye..

Tuesday, December 10, 2013

pureen warehouse sale

sorry le cerita dah basi baru terhegeh-hegeh nak update,tuan tanah sibuk bebenor,puiiiii!laptop umi tgh prob skang ni,tu yg tenggelam timbul update entry...
 umi ngan hubby sebenarnya terbelah-bagi nak pegi warehouse sale ni,baca komen dari ramai org yang warehousesale ni padat giler,sampai berlaga perut,scary pulak  makyong ni dgr,kang ada yang pitam tgh crowded gitu!tapi  entah camana mulut ni ringan jugak ajak hubby pegi,tawakal je klu  ramai sgt kita singgah jusco je la sudahnya..anak-anak sume tinggal ngan mak jap tak berani nak bawa askar ni masuk tempat gitu ,satu hal pulak nak control tgh org ramai tu,mana nak berebut brg baby lagi.
kitaorg pegi hari ahad,last day sale tu gerak dari rumah dlm kul 10 lebih dah.list yang tulis tu ntah ke mana peginya,tapi mujur sbb ana dah ramai so mmg basic yg na beli tu dah tau dah..tak de la ame stuff yang meraban nnt.
  sampai je perkara pertama kena buat adalah parking,dua kali tawaf jugak baru dpt parking,biasa la dah nama pun sale tentu org pun ramai,redah jugak masuk..kat entrance tu ada pintu keluar masuk so ok je,tak berebut..kat bahagian depan ni barang-barang mandian,breastpump,botol susu mcm-mcm lagi la.rambang mata jap.tapi umi tak stop kat situ sbb umi aim baju baby dulu so kitaorg gi ke belakang ckit untuk baju-baju baby  ni,dari jauh dah nampak dah ramai org melepak kat tepi sudut khas untuk pilih baju baby.maknanya diorg dtg grab baju-baju tu masuk dlm bag ikea tu then duduk satu sudut dan pilih yang berkenan,yang tak nak tu diaorg hantar balik kat rak,tapi ramai je yg main tinggal kat situ je,nnt ada parent lain dtg dan pilih dari beg tu.hurmmm...
kat rak baju baby yg lelong rm3 tu mmg ramai org,sampai menyelit juga la hubby,tapi tak byk choice sgt,mungkin sbb ramai yg dah angkut byk-by kemudian terus tinggal kat tepi gitu je so mmg tak byk sgt la dlm rak tu.mula-mula umi ame je dulu yg mana rasa berkenan,pastu terus gi bahagian yg siap sepasang-sepasang,so takde la tercari-cari mana baju,mana seluar..kat rak ni tak ramai org sbb org sume aim yg rm3 sehelai tu,means sepasang baru rm6.murahh sgt!amek barut,sarung tgn,selimut,tuala,kelambu.dah blah.klu ikut hubby dia suh byr terus gitu je tak payah pilih tapi umi takut terlebih sgt baju-baju so moh le kita join the geng yang tgh sibuk pilih baju tu,pihak pureen ni ada sediakan kotak buat alas duduk so duduk le kami kat tepi tu,mula-mula boleh bantai gelak ngan hubby.dah pilih yang berkenan tu kemas balik yang tak nak,terus ke dpn cari barang lain pulak,bedak,tisu basah,mandian,lampin,pampers mcm-mcm lagi la,yg penting masa byr tak beratur panjang,cepat je..so klu next time nak pegi tak la cuak sgt sbb pengalaman kali ni tak le scary,hihii,.tapi part nak byr tu yg scary sbb bill terlebih sudah!!korang layan gambar je la kat bawah ni ye..

kat kaunter bayaran

hasil rembatan


tisu basah,malas nak rotate pandai-pandai orang la teleng kepala tu,hahha

barut

sarung tangan dan kaki

yang bersusun tu baju,sume sekali dpt 16 pasang


dah siap bayar,jom blahhh

Wednesday, November 27, 2013

thursday blues

  ari ni wat bsp aka cek tahap gula dalam dlm darah,kul 8 pg td baru buat.result ok.sarapan ckit nnt kul 10 pg amek lg.itu yg blurr kejap pg.umi ni dah biasa sarapan berat,setakat makan kuih seketul apa la rasanya!!!pastu semalam gi check up kat kk meru berat naik lebih 1.7 kg,huahuahua kena bebel ngan misi,padan muka.nak wat cam ne kt dlm ni ada 2 orang,tu yang makan pun extra,dasar padahal mmg jenis kuat makan pun,hahhha

Monday, November 25, 2013

resepi keropok lekor

petang semalam mood rajin tu mencanak naik,apa lagi kuarkan ikan dlm fridge terus potong amek isi,mood mcm ni tak blh tangguh-tangguh kang terbiar je ikan tu kat sinki..elok-elok nawaitu nak buat kopok terus jadi makanan kucing.huhuhu.
nak buat kopok tak la susah sgt tapi renyah ckit dan hanyir satu badan,hihi..yang penting tepung tu jgn byk sgt karang jadi kopok kayu.
umi bagi la resepi yg umi kutip kat internet ni,klu tak menjadi jgn salahkan umi ye..

bahan-bahan
isi ikan selayang(sardin) dlm 10 ekor
tepung sagu dlm satu mangkuk
garam
ajinomoto

cara-cara
isi ikan tu blend@tumbuk halus
masuk tepung ckit demi ckit.
masuk garam dan aji secukup rasa.
amek adunan sedikit dan uli jadi bentuk kopok
rebus air dalam periuk masuk garam ckit sebagai perasa ,bila mendidih masuk kopok.klu kopok tu ddah terapung maknanya dah masak,angkat dan toskan.sedia utk digoreng!
baru lepas uli
rebus sekejap
dah siap tos



Sunday, November 24, 2013

bila anak-anak boring..

 isnin lepas budak-budak mengadu boring,semenjak hubby kurang sihat aktiviti hujung minggu memang tak de,byk terperap kat rumah je,pagi tu sms hubby minta izin bw budak-budak gi giant setia alam,col teksi suh amek..sampai je giant tempat pertama yg diaorg tuju ialah




















  main sampai lebam. yg mainan keta,keretapi tu sume takyah masuk duit syiling main la lama mana nak,bayangkan anak umi blh layan main sampai 2 jam lebih,tu pun pujuk ajak gi makan dulu.klu tak maknya yang pengsan pulak!makyong ni tak boleh perut kosong mula la nak pitam bagai..hahhaha.
 umi pegi ngan mak umi sekali,tak lalu nak handle budak-budak ni sorang-sorang..umi biarkan aje diorg main.umi ngan mak lepak kat kerusi urut tapi hampeh kerusi urut tu rosak plak.

dkt kul 4 ptg hubby singgah amek,jimat duit yak yah amek teksi dah.klu tak dari rumah nak ke giant setia alam yg jaraknya tak sampai 3 kilometer tu rm15...huhuhu.

Saturday, November 9, 2013

busy....

sorry le tuan tanah amatla busy lately,lps aje kes encik hubby kena admitted kat HTAR,selang beberapa hari berkejar pulak ke KPJ SELANGOR,hubby kena balik mcm ari tu..kali ni teruk ckit,tapi alhamdullillah beransur baik dah,stay kat icu semalaman je esoknya dh discharge.
 baby kat dlm pun mcm faham umi penat kehulu kehilir,behave je diaorg,tak lasak sgt berguling-guling kat dlm perut nih,hihihi,

Thursday, October 31, 2013

budu vs patin tempoyak!



 ari minggu ni Kelantan bertemu Pahang,kebetulan umi org Kelantan encik hubby org Pahang..hahhaha.mlm semalam borak kosong ngan hubby tanya dia sokong mana,dia senyum je,haaaa tau takut nk jawab,kang tak berasap dapur.kohkohkoh!
 kitaorg tak fanatic bola,setakat layan gitu je..menang tumpang bangga,klu kalah jadi bahan la malam tu kena kutuk..tengok aje la nanti sape yang menang,gomo kelate gome,oppssss kantoiiii!!!!

Wednesday, October 30, 2013

jumpa pakar pemakanan

 dah kantoi kena kencing manis yang tak tinggi dan terkawal tu maka umi di refer untuk jumpa pakar pemakanan kat HTAR.kebetulan masa kena check up kat spital tu,blh jumpa sekali pakar pemakanan.dan juga time tu encik hubby admit wad.semua wat sekali harung.pagi-pagi buta lagi dah kuar rumah kul 6 pg kot,tumpang anak buah gi keje.dia tolong hantar ke spital.temujanji kul 8 pg,alang-alang dah sampai awal umi anta bekfes kat hubby.lepak jap borak-borak turun balik kat bangunan rawatan harian..kebetulan plak ari tu umi kena wat bsp,penat la ckit.



tengok result tu,ckit je kan??tapi tak pe la demi baby umi sanggup..sob!sob!

lepas dgr penerangan dari pegawai tu,dalam 20 minit je sesi tu.dpt risalah pemakanan sebagai guide line untuk pantau kencing manis ni.byk juga kena pantang ni,huhuhu pfffft!

Monday, October 28, 2013

perkembangan bayi dalam kandungan


seronok sebenarnya tengok perkembangan baby ni,lagi-lagi ia sedang terjadi dalam diri kita.ajaibnya kuasa ALLAH!




Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Minggu 2

Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Minggu 5

Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

Minggu 6

Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 8

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 9

Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

Minggu 10

Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.


Minggu 11 

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12

Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.

Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Minggu 13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.

Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.

Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

Minggu 16

Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

Minggu 17

Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.

Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.

Minggu 18

Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.

Minggu 19

Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.

Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.

Minggu 20

Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.

Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar  dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.

Minggu 21 

Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.

Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.

Minggu 22

Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.

Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.

Minggu 23

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.

Minggu 24

Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.

Tubuh anda
Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.

Minggu 25

Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

Minggu 26

Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 27

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.


Minggu 28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

Minggu 29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.

Minggu 30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32

Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33

Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34

Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.

Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.

Minggu 35

Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.

Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

sumber  ciklaili
Ranking: 5
 




 

 









Sunday, October 27, 2013

kencing manis punya hal..

  time peknen ni macam-macam penyakit mudah dapat,umi dah peknen 4 kali,semua ok tak pernah kena kencing manis,peknen kali ni boleh plak dia sangkut.itu pun ckit je,lepas border 1 point je.umi punya bacaan 7.9,normal sampai 7.8!puas bodek misi ,ingat boleh lepas la hampeh kena jumpa doctor jugak then kena wat blood test procedure(bsp) setiap dua minggu sekali.kena ulang gi klinik sampai 4 kali pulak tu,amek bacaan tak sampai 2 minit,pastu selang 2-3 jam datang lagi klinik ulang prosedur yang sama,penat tau tak!!!!
 umi tak puas hati terus cari kat internet,rupanya test ni blh wat sendiri kat rumah.kan senang klu misi-misi tu cerita terus,bg option untuk patient wat sendiri atau dtg buat kat klinik...lepas bgtau misi umi nak wat sendiri,petang tu jugak ajak hubby kuar cari alat untuk bsp.mmg dah survey siap-siap harga dan fungsi dia,yang mana lagi elok.
maka dapat la gadget terbaru ni..
umi beli ni kat guardian,kapar.masa tu ada promosi so harus la rembat terus,sebelum tu dah survey 2-3 farmasi kat guardian ni yang paling murah,semua kat atas ni dalam rm180 je rasanya.nnt umi cari balik resit.ntah mana plak tercampak.
ni jarum dia,umi saja tambah lagi,dalam pek tu dah ada tapi tak banyak la,so next time tak payah beli dah.cukup dah rasanya sampai bersalin ni.
alcohol swab ni pun umi beli spare jugak,senang wat stok.malas nak ulang-alik gi farmasi.
ni kertas untuk bacaan paras gula tu,kat dalam kit tu dah ada sekotak,percuma lagi sekotak kertas ni,so ada penjimatan ckit.sebenarnya nak buat test ni senang jer,mula-mula kelam-kabut jugak umi dibuatnya,2-3 kali buat terus khatam,rasanya klu pejam mata pun boleh buat,itu tifuuu,hahahahaha.
 
 

punca nya..

  lebih seminggu blog tak ber update,umi sebenarnya sibuk dan penat ckit.banyak hal kena handle dalam seminggu ni,sampai berat umi turun hampir sekilo!bukan senang-senang nak turun biasa naik yang mencanak-canak.hahahaha.
 
 jangan salah faham,ni bukan tangan tuan punya blog ye..ni tangan encik hubby,sebenarnya dia yang kena tahan kat wad selasa sampai khamis lepas,punca nya dia sesak nafas masa otw balik keje.yang paling tak boleh blah dia berani drive sampai ke hospital,terus ke emergency sendirian!mengucap panjang umi dgr cerita dia..
 biasa la dah masuk wad,prosedur amek darah,cucuk-cucuk ni .so tahan aje la.sampai naik bengkak jugak la lengan dia,x pe la demi kesihatan.
 
 
sempat lagi posing dalam wad,kiri kanan warga emas.dengan batuk,semput semua ada..wad punya lah crowded sampai katil tu bersusun sampai 4 biji katil satu line.nak lalu pun payah,nak buat mcm mana kan,tahan kan aje la...

Thursday, October 17, 2013

i'm backkkk

teruja untuk bercerita tentang kehamilan kali ni,tapi rilek brader slow-slow nnt umi citer.skang ni dah masuk trimester kedua,rasa mcm cepat plak masa berlalu..tu je dulu kendian-kendian umi detailkan ckit cerita kali cam malas plak..tata

Friday, September 13, 2013

cabaran perkahwinan

   umi bukan pakar dan umi juga masih lagi dlm proses mengenali pasangan umi..tapi semoga apa yg umi kongsi menjadi ilmu kita bersama,insyaallah.masa bercinta ko tak kan mampu kenal true colour pasangan,sapa yg nak tunjuk segala kelemahan dpn awek/pakwe?dah sah-sah yg ko tunjuk tu yg baik-baik,bak kata org kentut yg busuk tu pun ko kata wangi,sume nampak indah je.
  semua orang yg kawen nak bahagia,tapi jgn ko fikir seronok saja..persiapkanlah mental,fizikal ko untuk hadapi masalah yg mungkin berbangkit sepanjang perkahwinan,apa yg penting bertolak ansur  dan mengalah bukan bereti kita kalah,kan?antara cabaran berumahtangga  ialah

1. Sukar Untuk Menyatukan Pendapat.

Banyak pasangan suami isteri baru yang sering berkelahi dalam perkara-perkara yang kurang penting seperti pilihan perabot dan tempat makan. Masing-masing mahu mempertahankan ego sendiri dan merasakan bahawa pendapat mereka lebih baik daripada pendapat pasangan..Aku masih teringat pesanan Professor Dr Muhayya semasa menghadiri kuliah beliau di surau pejabat  - “Better Be Kind Than be Right”..Mungkinsebenarnya, kita sudah berkali-kali melukakan hati pasangan  tanpa sedar kerana mempertahankan pendapat kita yang  dianggap lebih penting daripada mempertahankan keharmonian rumah tangga yang dipupuk bersama.Justeru,belajarlah untuk lebih berkompromi dan mengalah sekali sekala demi kesenangan pasangan.

2. Kewangan – Duitku Duitmu

Kebanyakan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk menguruskan perihal kewangan rumah tangga mereka.Soal belanja dapur,bil eletrik,bil internet,hutang kereta dan sebagainya boleh menjadi menjadi isu serius dan menimbulkan masalah besar dalam keluarga.Sikap terlalu boros dan terlalu berkira juga mungkin akan membuatkan pasangan merasa kurang senang dengan gaya hidup tersebut. Oleh yang demikian, suami isteri sewajarnya membincangkan masalah dan pengurusan mereka secara terbuka sejak awal perkahwinan lagi.Soal tabungan juga tidak boleh dilupa.
Kadang-kadang kita sering terlupa bahawa perkahwinan ini adalah satu ibadah.Lagi banyak kita memberi kepada pasangan dan keluarga,lagi banyak lagi pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah SWT. Ingatlah, setiap rezeki adalah milik Allah SWT. Mohonlah kepadaNya. Disamping itu, bahagikanlah tugas pembayaran bil ini secara adil dan saksama mengikut kemampuan pasangan.

3. Sukar Meninggalkan Gaya Hidup Bujang

Seringkali kita mengharapkan pasangan untuk memahami gaya hidup kita mendirikan rumah tangga.Sebelum ini kita mungkin bebas beraktiviti bersama rakan-rakan ,bekerja hingga lewat malam,menghias kereta berhabis-habisan dan sebagainya.Sebaiknya,fahami kehendak dan keperluan keluarga,dan luangkanlah lebih masa yang berkualiti bersama mereka.Pada masa yang sama,mereka yang masih bujang dan belum berkahwin juga perlu memahami dan menghormati keadaan sahabat mereka yang sudah membina masjid.

4. Sukar Bergaul Dengan Keluarga Mertua

Berkahwin dengan pasangan turut bermaksud ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan,khususnya ibu dan bapa mertua yang perlu disayangi dan dihormati seperti ibu bapa kita sendiri. Maka ,sebagai seorang ahli baru dalam keluarga  pasangan,kita perlu  pandai bergaul dan membawa diri.Setiap orang tentunya berbeza tahap pergaulannya.Ada yang pemalu dan pendiam,sukar untuk memulakan sesuatu perbualan sehinga dianggap sombong di kalangan keluarga mertua. Ada juga yang peramah dan bermulut becok.Justeru,adalah amat penting bagi kita untuk meminta pasangan memberi pemahaman yang sewajarnya kepada keluarga mertua tentang sikap kita bagi mengelakkan timbulnya salah sangka.Seiring dengan usaha tersebut,by hook or by crook,kita juga perlu belajar begaul dengan mereka.Mulakan dengan mencari titik persamaan antara kita dan mertua.eg:Menonton sukan bola sepak bersama atau berbicara tentang isu semasa (atau mungkin gossip-gosip semasa ).Jambatan hubungan ini perlu dibina secara kreatif dan  diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi menjamin keharmonian alam rumah tangga.

Solusi

Aku pernah meminta nasihat dan pesanan daripada sahabat serta ahli keluarga sebelum mendirikan bait al muslim ini.Antara beberapa pesanan yang biasa di berikan kepada ku adalah pesanan untuk sentiasa bersabar dan saling bertolak ansur. Mudah untuk diungkapkan namun sukar untuk dilaksanakan.Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ,ayat 187 yang bermaksud:

“Mereka wanita ialah pakaian bagi kamu,dan kamu juga adalah pakaian bagi mereka”

Dalam ayat di atas Allah SWT menggunakan perkataan ‘pakaian’ sebagai suatu analogi yang cukup indah bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan yang semestinya terjalin antara pasangan suami isteri.

Mengambil pandangan Professor  Dr Yusuf al Qardawi dalam bukunya Fatawa al Mar’ah al Muslimah(Fatwa-fatwa Tentang  Wanita Muslimah),beliau  menghuraikan beberapa makna ‘libasa ‘ dalam ayat tersebut sebagai penutup,pemelihara,pemanas,pembalut,perhiasan dan kecantikan.Sehubungan dengan itu,ia jelas menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita yang bergelar suami isteri harus mampu untuk menyediakan diri untuk menjadi pakaian terindah dan terbaik bagi mencerminkan imej dan identiti diri dan pasangan. 

Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, ingatlah pasangan kita adalah milik Allah SWT. Jagalah amanah yang diberikan ini dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Semoga Allah SWT merahmati kalian.

sumber fatehulkashfia.

Tuesday, September 10, 2013

checklist kelengkapan baby

                                     
ok,kali ni semangat ckit,survey online segala kelengkapan baby.just nak top up barang yg sedia ada.baju-baju newborn yg sebelum ni ada la ckit-ckit lagi,yg dah lusuh sgt tu umi dah masuk plastik,kita beli baru peknen lain kali blh guna,ada hati nak beranak lagi yg dlm perut ni blom kuar la,hahahah
 klu hamil yang sblm ni masuk trimester ketiga baru umi start shopping,anak yg keempat dulu lagi la,dah sakit contraction 5 minit sekali sempat singgah tesco beli barang baby,last minute sgt dh tu,siap shopping singgah makan laksa dulu ngan teh tarik dulu,sambil pegang pinggang ok!!hahaha..lps tu baru gi spital klang,tu pun hubby tak pecut,lek jer bawa keta,sambil tu tanya jugak tahan ke tak,tahan ke tak...tak umi kental ok,muka kemek-keme pun kata ok lagi.ok dah lari tajuk muahahahhaah,jom la semak apa yg patut korang beli untuk baby,
Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.
Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

sumber #pama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...