Monday, December 31, 2012

selamat datang 2013

hepy new year!pejam celik pejam celik 2012 dah berlalu..singkatnya masa.umi tak ada azam baru tahun ni,forward azam dr tahun-tahun lepas yg masih kantoi tak tercapai,huhu.


apa yg pasti umur makin bertambah ke satu angka lagi,menghampiri 30's..uwaaaaa!dah makin tua rupanya,

Sunday, December 23, 2012

beli peralatan sekolah anak

  dari awal cuti skolah lagi umi nak beli barang sekolah budak-budak ni,asal hujung minggu jer byk plan lain plak.umi suka pergi awal-awal banyak pilihan,tp klu dah last-last ni rembat aje la apa yg ada.
  umi klu beli barang sekolah ank ni umi suka gi mydin mall subang.save ckit rasanya.klu weekend time cuti skolah ni,ya ampun beratur panjang nak bayar,uishh!tak gemar sungguh umi.
  jom cuci mata tgk umi beli apa semalam,umi beli yg perlu saja klu ikut nafsu macam-macam nak beli

Friday, December 21, 2012

ikan bakar tempoyak

gambar google jugak

  menu dinner semalam,kami laki bini mmg suka tempoyak,buat sambal ke,masak asam tempoyak ke,yang terbaru tgh ketagih ikan bakar tempoyak,perghhhh!tgh taip ni pun sempat telan-telan air liur lagi,dap ehhhh!!
    balik kampung ujung mggu lepas umi pakai ikan talapia sangkar,best sgt isi fresh giler..mmg tak puas makan,saiz ikan pulak sedang-sedang jer..



  resepi simple dari umi hari ni

 ~tempoyak dlm 3@4 sudu
~seekor ikan saiz sedang(belah belakang)
~kunyit hidup dlm seinci
~cili padi ikut suka
~gula ckit jer dlm satu sudu kecil
tumbuk lada ngan kunyit,gula sampai lumat,gaul dgn tempoyak,sumbat tempoyak kat bahagian belakang ikan dan bahagian depan,lumur2 ckit bdn ikan ngan lebihan tempayak,balut ngan daun pisang pastu bakar,siap!

hari melawat hospital agaknya..

   semalam boleh di katakan setengah hari umi berkampung kat hospital klang,yaya kena jumpa doktor pakar lagi sekali,appoinment kul 9 pg,kul 7.50 umi dh gerak dari umah,sbb dah tau dah mesti jam punya.tu pun sampai dh dekat kul 8.40 pagi.perkara pertama kena wat kena pegi x -ray dulu itu jari part tu cik hubby punya tugas,yaya ni klu dgn umi mmg susah ckit lasak semacam jer tp bila ngan abi nya elok jer dok diam..
  klu dah namanya hospital klang sibuknya ya ampun,jemu menunggu...sampai nak tertido dibuatnya,yang geramnya bila turn yaya masuk jer jumpa pakar tak sampai 3 minit dah siap.doktor tu belek gitu jer,x-ray pun tak tgk..haiishh macam-macam.yg bagusnya lps ni x payah jumpa doktor dh,lega!
  jadual semalam mmg pack giler,sesekali cik hubby cuti masa ni nk selesaikan segala bil,hutang.berkejar kesana ke mari,cik hubby pun nak wat medical check up lagi.
  
penat tggu abi gi jumpa doktor ,nana sampai tertido
yaya dh start boring,muka kemek jer
dah settle urusan kat klang,umi bergegas ke hospital serdang,ank buah umi  kena masuk wad semula sbb jaundis,lgpun ank umi yg 2 org lagi ada kat sana,umi suh mak umi jaga jap.sejam lbh jgk melepak kat sana,cian diaorg tak makan lg dr tgh ari.masa umi sampai sana dh kul 3 lbh,syira dah buat muka ketat,budak bulat ni mmg tak leh tggl nasi.pekena nasi lemak ngan milo ais terus elok jer mood dia..hurmm macam-macam.
 balik hospital singgah bukit jalil hantar mak umi,sempat la mentekedarah durian dulu,tapo sayang sbb dh overload,makan seulas jer..kenyang sgt hari ni.lps isyak baru gerak balik meru..penatnya!

Monday, December 17, 2012

homemade dadih

gambar ni bukan gambar sebenar,sila jgn tertipu,agagagga






 resepi simple ni umi belajar dr adik ipar umi..biasanya umi beli yg instant tu je.tp kali ni try yg ni cam best je,ikut la kreativiti korang,klu rajin boleh tambah buah dlm tin ke atau letak sedikit pewarna  bg ada seri.yg umi belajar tu warna putih plain jer..

  bahan-bahannya
satu tin susu sejat@susu cair
sepeket coffemate  saiz kecil  
gula dlm secawan*depend pd korang klu suka manis tambahkan lg
serbuk agar-agar*umi pakai paket warna kuning tu
air seliter
cara-cara 
masuk air,masuk serbuk agar-agar dan coffemate,kacau dan panaskan,pastu tuang susu dan gula.masak sampai didih*sila kacau dan pakai api kecil.
boleh tuang dlm bekas dan masuk fridge 



Thursday, December 13, 2012

yeayyy!dpt ank buah lagi..

 mlm tadi tepat jam 11.02 minit malam bertambah  lagi kuarga umi,adik umi dah selamat melahirkan baby boy..heehe.seronok bila dgr berita tu sbb umi mmg suka budak-budak.bertambah riuh la time raya nanti
  ni first baby dia so byk yg di tak tau dan refer kat umi,umi tolong la apa yg boleh.so hari ni punya entri umi nak kogsikan sedikit tips pemakanan masa pantang.
   

pemakanan semasa dalam pantang


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
BOLEH
TIDAK BOLEH
AYAM & DAGING
  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang
  • Ayam biasa (takut gatal)~umi mkn jer,,alhamdullilah x de gatal
IKAN
Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan
Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang
ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman
  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku
SAYUR-SAYURAN /
Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.
  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering
BUAH-BUAHAN
Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina
  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai
LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang
AIR
Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang
Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.
  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang
  sumber: hidayahmk.blogspot.com

~tak semua yg rajin ikut amalan pemakanan tradisional ni,ada tu selamba je gedeguk-gedeguk air sejuk ngan ais,hehe.

Tuesday, December 11, 2012

durian crepe

~sumber dr myresepi

Bahan-bahan ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk. 
 

Monday, December 10, 2012

besday hubby

   sila abaikan muka super excited hubby umi tu..hahaha.umi saja bagi surprise ckit sempena besday dia baru-baru ni.sebenarnya klu ikutkan besday hubby lagi seminggu tapi saja umi bagi surprise awal sbb  time ni umi lepak umah adik umi kat bukit jalil.kebetulan mak,adik ngan ank buah umi ada so meriah la ckit surprise besday ni kan..
  kek ni comel jer..stgh kg punya..sbb klu beli sekilo jarang abis,so beli yg cenonet ni sekali hadap jer abis,lagi pun kek ni siyes sdp..hubby yg x suka kek pun boleh abis sepotong.ntah apa nama kedai tu lupa plak tp yg pasti kat pisau kek tu tulis cake and bakery specialist..


notakakikutsukahatiaku...
hepy besday bie,sayang kamu sgt-sgt

Saturday, December 8, 2012

ioi mall punya cerita

  sabtu lepas umi ada chance dating ngan cik hubby jap..huhu lama giler tak kuar berdua je ngan dia!since dah ada anak ke mana pergi mmg bw ank-anak.kebetulan ptg jumaat tu umi dtg umah adik umi kat bukit jalil lepak ngan mak ngan adik umi kat sini.so dpt la tggl ank kejap,kebetulan jugak cik hubby nak byr kad kredit kat ioi mall,sampai sana tepat jam 10 pg,hampeh tak buka lagi.mall pun baru buka tu pun byk kedai x buka.nasib baik jusco dah buka boleh la sopink jap.tapi dh set kat otak ni nak beli baju ngan seluar anak jer,puas jgk belek-belek cari seluar kakak ngan syira,sbb diaorg mesti nak baju ngan seluar yg sama...alahai!
  bila lalu dpn ladies department,ayoooooo!!walaupun dh berazam tak mau pandang kat handbag tetap gatal tgn jgk nk belek-belek,arghhh!naik meroyan rasanya,agaggaagagagaga.cepat-cepat tarik tangan cik hubby turun.umi beli sandal jer dah sakit kaki  asyik pakai heels bila berjalan,lenguh woo.
   pusing-pusing jap dlm mall sbb time ni la nak berkepit lama ckit dgn hubby,hehhe.time nak balik plak boleh tahan jammed nya kat area bukit jalil ni.tak suka betul!
  

Thursday, November 29, 2012

layan movie..istanbul aku datang

 pagi-pagi anak umi dh merengek minta umi purchase cite kat astro first,memula angin jgk asyik merengek je,haaaa mula nak naik hantu pagi-pagi ni,sekali dia tunjuk cite istanbul aku datang,ishh terus kalah.capai remote dan  tekan code zappp terus send,setel!tambah lagi bil bulan ni..huhuh
   best gak citer ni,ada komedi,ada romantik,ada sedih,and yg penting happy ending.yang paling best istanbul tu sangat cantek!!umi pun rasa nak ajak hubby gi honeymoon sekali lagi,agaggagaga.
  gandingan lisa surihani,beto khusyairi,tomok..mmg ngam.ni citer pasal dian yg sanggup terbang ke istanbul sbb dia nk azad(tomok) propose dia..so bermula la insiden-insiden yg cute  kat sini.umi malas nak story panjang sbb umi dh ulang tengok movie ni dh masuk 3 kali,masih tak jemu..so pikir la sdr best ke tak,hehheeh

 

Tuesday, November 27, 2012

jalan-jalan melaka

  ni cerita hujung minggu lepas,saja-saja pusing melaka.alang-alang dh dekat so sambil menyelam minum air la.umi pergi kenduri kawen anak buah kat seremban.lepas kenduri masing-masing plan nak jalan-jalan..
  umi mmg nak plan ngan hubby awal-awal lg,umi nk gi melaka.cadangnya nak gi night safari kat zoo melaka,tp time kitaorg sampai tu dh kul 6 ptg,zoo dh tutup dan akan buka balik kul 8 mlm,so cancel terus sbb malas nk tggu.so umi decide gi dataran pahlawan.tak tau pun apa yg ada kat sana just nk pusing-pusing jer.jammed nya!umi dh mula jemu tapi tetiba ting!!!umi nampak sesuatu..hehee menara taming sari terus ckp ngan hubby umi nak naik.tak kira walau apa.kitaorg pegi ramai 18 org sume,tiket pun boleh tahan gak,rm20 utk dewasa dan 10 utk kanak-kanak,so kira sdr la total kos utk tiket je..huhu
  mulanya my mother in law cuak-cuak jer nak naik tapi sbb masing-masing dh excited so dia ikut je.
mmg tak menyesal pun naik menara ni,best sgt boleh nampak view melaka waktu malam,cantik sgt!
 
tak byk gambar yg umi sempat snap sbb syok sgt tgk view,heheh

muka cover rasa gayat ni agagagaggaa
teropong apa tu yana?heheh




Wednesday, November 21, 2012

surprise..

   takde yang surprise pun sebenarnya..umi baru buka email td,sekali dpt email yg mengatakan umi one of the winner utk contest aeon chatterbox,umi pun dah lupa bila masa umi join contest ni kat fb.nk amek hadiah pun kat bukit tinggi klang je,tak jauh sangat pun cuma masa jer takde lg nk pergi.
 


                                                    


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...