ermmmm,pernah tak korang sakit tumit kaki.aduhh kalau bangun pagi tu nak pijak lantai uii sakitnya.jln pun berdengkot(betul ke ejaan nih!)..umi pernah kena dekat sebulan jugak sakitnya,paling sakit time pagi la,mungkin urat sejuk kot lagi-lagi lantai simen siap rasa menyucuk kat dlm tumit tu..tapi lama-lama hilang lepas umi amalkan minum cuka epal,dan byk kan minum air masak..
dua tiga hari ni cik hubby plak mengadu sakit tumit,tak boleh jadi ni umi cari jugak info tentang hal ni,klu nampak makin teruk kena jugak gi urut atau jumpa doktor..buat sementara ni umi suh dia minum air masak byk-byk ngan amek cuka epal,malam-malam nak tido sapu minyak panas..klu tak tgh mlm mesti kramp punya betis dia.ni antara yg sempat umi baca tadi so umi kongsikan untuk panduan bersama..
Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak
Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘
Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.
Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi
‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal
dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan
meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan
akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh
menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun
tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita
terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin
berkurangan.
Bagaimana mencegahnya ?
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di
bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat
tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan
lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko
kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya
menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.
Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
- Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti
berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban
yang berat.
- Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih
kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan
fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh
kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan
pada tisu tanpa kita sedari.
- Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
- Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
- Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut
yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan
tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di
permukaan tidak rata.
- Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan
tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga
dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat
dielakkan.
- Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics
Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?
Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
- balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
- bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di
lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan
kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau
membaca . Mudahkan ?
*
nota dari sini