time peknen ni macam-macam penyakit mudah dapat,umi dah peknen 4 kali,semua ok tak pernah kena kencing manis,peknen kali ni boleh plak dia sangkut.itu pun ckit je,lepas border 1 point je.umi punya bacaan 7.9,normal sampai 7.8!puas bodek misi ,ingat boleh lepas la hampeh kena jumpa doctor jugak then kena wat blood test procedure(bsp) setiap dua minggu sekali.kena ulang gi klinik sampai 4 kali pulak tu,amek bacaan tak sampai 2 minit,pastu selang 2-3 jam datang lagi klinik ulang prosedur yang sama,penat tau tak!!!!
umi tak puas hati terus cari kat internet,rupanya test ni blh wat sendiri kat rumah.kan senang klu misi-misi tu cerita terus,bg option untuk patient wat sendiri atau dtg buat kat klinik...lepas bgtau misi umi nak wat sendiri,petang tu jugak ajak hubby kuar cari alat untuk bsp.mmg dah survey siap-siap harga dan fungsi dia,yang mana lagi elok.
maka dapat la gadget terbaru ni..
umi beli ni kat guardian,kapar.masa tu ada promosi so harus la rembat terus,sebelum tu dah survey 2-3 farmasi kat guardian ni yang paling murah,semua kat atas ni dalam rm180 je rasanya.nnt umi cari balik resit.ntah mana plak tercampak.
ni jarum dia,umi saja tambah lagi,dalam pek tu dah ada tapi tak banyak la,so next time tak payah beli dah.cukup dah rasanya sampai bersalin ni.
alcohol swab ni pun umi beli spare jugak,senang wat stok.malas nak ulang-alik gi farmasi.
ni kertas untuk bacaan paras gula tu,kat dalam kit tu dah ada sekotak,percuma lagi sekotak kertas ni,so ada penjimatan ckit.sebenarnya nak buat test ni senang jer,mula-mula kelam-kabut jugak umi dibuatnya,2-3 kali buat terus khatam,rasanya klu pejam mata pun boleh buat,itu tifuuu,hahahahaha.
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Sunday, October 27, 2013
Friday, June 21, 2013
kebaikan minum air masak
umi suka sangat minum air masak,dulu masa keje mmg bw bekal air masak,tak sampai tgh ari dah abis,time lunch top up lg kat kafe air masak,makna nya tiap kali break mmg umi naik kafe utk top up air masak,lega sgt dpt minum air kosong,puasss .lagi dpt yg suam.dulu ais umi tak amek,jega perut konon!!!hakpuihhh.
part yg paling best kulit jadi lembap je,muka tak byk masalah.lg pun klu keje dlm aircond mmg kulit akan mudah kering,bila garu tu nampak garis putih,so dgn amalkan air masak ni dah kurang,dulu mana ada produk kolegen bagai kan,skang je mcm-mcm jenis kuar.
so bila dh jadi housewife ni,dah kurang minum air masak..umi dah perasan kulit umi nampak kusam dan kering so mmg tak leh jadi kena buat balik apa yg umi tinggal kan dulu,so jom kita tgk apa kebaikan air masak pada diri kita,
1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.
4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.
10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?
Friday, April 19, 2013
khasiat daun sireh
dulu bila tengok daun sireh mesti teringat kan org nak wat hantaran kawen je,huhu..naif sgt langsung tak amek port pasal khasiat dia..bila dah start keje baru la luas ckit pengetahuan,itu pun sbb zaman ank dara kena jaga diri,umi ni tak suka pakai pembersih miss v yang ada kat pasaran,x serasi betul,kebetulan masa balik keje tu singgah kedai beli majalah wanita terjumpa petua membersih miss v guna air rebusan sireh,cantekkkk..esok tu pulak umi mmg cuti so merayau ke kajang cari daun sireh,mujur senang je dapatnya,balik hostel terus rebus,buat cebok dan minum..start dari hr tu tiap-tiap bulan mesti buat,best sgt!
sampai la dah kawen anak dah 4 umi masih amalkan lagi cuma tak kerap mcm zaman bujang dulu..tiap kali balik kampung umah MIL mesti amek,sbb mak mertua mmg tanam,sampaii biras ngan adik ipar siap tanya umi ni ada masalah keputihan ke?hihihi..sebenarnya umi pernah kena keputihan tapi sekali je time peknen ank yg ke 4,itu pun sekejap aje.tapi sbb kan khasiat dia byk dan bagus utk wanita maka umi amalkan jugak walau tak de masalah keputihan ni,cuma tak kerap..mencegah lagi baik dari mengubati kan?hehehe
ini antara khasiat daun sireh,
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
sumber dari ohbulan
Thursday, April 18, 2013
pati delima gulshan
masuk hari ni dah dekat seminggu umi amalkan minum pati delima gushan ni,beli dgn adik ipar rm18 aje,rasa dia sdp masam-masam manis.kadang-kadang klu malas nak bancuh ngan air umi minum mcm tu je dlm satu sudu besar,pagi dan malam.perut rasa ringan je,lancar je nak membuang tu..yang penting khasiat dia byk,bgs utk wanita..
ini yg umi search kat internet tadi,sumber dari tuan tanah,terima kasih..
Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melancarkan peredaran darah
Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan…InsyaAllah…
Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
Awet muda…sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)…
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua…dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung…..Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang…!!!
Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin…
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata
Thursday, April 11, 2013
punca sakit tumit kaki
ermmmm,pernah tak korang sakit tumit kaki.aduhh kalau bangun pagi tu nak pijak lantai uii sakitnya.jln pun berdengkot(betul ke ejaan nih!)..umi pernah kena dekat sebulan jugak sakitnya,paling sakit time pagi la,mungkin urat sejuk kot lagi-lagi lantai simen siap rasa menyucuk kat dlm tumit tu..tapi lama-lama hilang lepas umi amalkan minum cuka epal,dan byk kan minum air masak..
dua tiga hari ni cik hubby plak mengadu sakit tumit,tak boleh jadi ni umi cari jugak info tentang hal ni,klu nampak makin teruk kena jugak gi urut atau jumpa doktor..buat sementara ni umi suh dia minum air masak byk-byk ngan amek cuka epal,malam-malam nak tido sapu minyak panas..klu tak tgh mlm mesti kramp punya betis dia.ni antara yg sempat umi baca tadi so umi kongsikan untuk panduan bersama..
Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak
Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.
Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.
Bagaimana mencegahnya ?
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.
Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
- Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
- Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
- Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
- Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
- Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
- Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
- Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics
Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
- balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
- bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?
* nota dari sini
Subscribe to:
Posts (Atom)