Monday, September 9, 2013

melepasi fasa morning sickness

 alhamdullilah,3 bulan pertama yg cukup perit bagi umi dah berlalu,sejak seminggu yg lalu dah tak de muntah,cuma malas tu maintainnn lagi,hihihi.maka dgn rasminya selera pun bertambah,ada saja request dr tekak yg mesti di penuhi,ni rasanya bukan mengidam dah,ini dah mengada-ngada,huahauhuahuaa...ada aku kesssahhhh!!!time peknen ni la nak manja lelebih,masa ni sume permintaan harus dan wajib ditunaikan,pitam klu laki baca ni,kohkohkoh.
 
  yg umi perasan,peknen kali ni umi tak berapa gemar atau tak berapa teliur dgn ayam atau ikan,masa anak sulung umi tak boleh tgk ayam,geli,nak muntah..yang kedua pulak tak leh tgk ikn besar-besar,kali ni both tapi bukan tak boleh makan,makan aje klu ada tapi tak de la tahap klu tgk iklan kfc tu sampai meleleh air liur,kali ni paling tak tahan tgk char kuew teow..klu gi kedai mkn menu tu yg order dulu,sepinggan tu sekejap je licin..nikmatnya,*telan airliur*
                                                        
dah setel wat buku merah aka buku peknen tu,hurmmmm,nak buat buku ni pun 2 jam ok kat klinik.lps register,masuk bilik  lain,interview segala bagai,gi bilik lain amek darah,then gi bilik lain plak jumpa doktor,belum apa-apa lagi hb low,terus mark merah,,tak suka,tiap kali peknen masalah utama darah rendah,padanlah asyik lesu je..laparrrrr weiiii balik terus melepek penat,lapar sume ada,tu pun kuar klinik berlari kat penjaja yg jual air kat kopok kat dpn klinik..isi perut dulu sementara tggu hubby dtg jemput,otw balik tu tapau kfc jap,hubby nak mkn,sementara nak samai umah tu abis cheezy wedges sebekas,hahahah .see betapa lapar nya umi masa ni,klu peknen mmg kena sentiasa ada makanan dlm handbag,klu tak umi pedih perut,nak jadi mcm gastrik plak.

*again,gambar x snap,i is malas..*

Thursday, September 5, 2013

aku yang dulu bukanlah yang sekarang..

  see,lama tak update blog tup-tup tajuk mautttt!kohkohkoh.ni kes tak de story mori so umi decide nak selak sikit kisah silam,ehh,tak silam sangat kot dlm awal-awal kawen dulu,dlm 7-8 tahun lepas.faham-faham la orang baru nak start hidup sdr,pelbagai onak duri kena rasa.
 kita org start kawen dulu perit tau,masa tu umi dah berhenti keje,hubby plak masa tu basic kecik lg,nak bayar sewa rumah,duit keta,bil air ngan api,duit makan sume,mmg parah,ujung-ujung bulan tinggal berapa ringgit je dlm dompet,makan pun tak mewah,nasi goreng je..sob-sob
 dua bulan kawen umi preggy,mula la save ckit-ckit,nak kata bagi mak kat kampung tu mmg tak la,sbb yg tanggung hubby sorang.balik kampung pun setahun sekali time raya je,itupun jenuh kumpul duit sebelum puasa lagi..walaupun kurang dari segi wang ringgit hubby tak pernah abaikan apa yg umi nak makan,maklumlah tgh preggy,makannya mengada ckit..tapi mujur umi tak mengidam yang pelik-pelik dan mahal.
 perbezaan budaya juga byk menguji umi untuk faham sikap hubby,kami berlainan negeri,berlainan keturunan,berlainan citarasa,byk sgt bezanya,ntah kenapa aku jatuh cinta ngan dia pun aku tak tau,huhuhuhu.tahun pertama perkahwinan tu mmg kena byk sabar,walau kena uji macam-macam tapi umi yakinkan diri ujian ini untuk mematangkan umi,yesss,umi kawen masa umi berusia 21 tahun.terlalu muda bagi pandangan org lain,tapi dah jodoh ALLAH tetapkan maka redha saja.
masa berganti hidup kami berubah sedikit demi sedikit,walaupun belum mewah mana,sekurang-kurangnya kami boleh bernafas ckit,tidak terlalu senak,sudah mampu membeli rumah,kereta dah habis bayar,rezeki anak-anak,alhamdullilah


kakak ngan syira
                                                       
anak ketiga nana
yaya yang ke empat

rezeki ALLAH nak bagi dlm pelbagai bentuk ,mungkin kami kurang ckit dari segi wang ringgit tapi dari segi zuriat,alhamdullilah dipermudahkan,4 orang puteri penyeri hidup kami. dan sekarang umi preggy lagi anak ke 5,mudah-mudahan segalanya lancar,aminnn...

Saturday, August 17, 2013

rindu...

 hoiiii,dah lama tak update blog.cerita syawal tahun ni amat la biasa,dek kerana tuan tanah tgh mabuk maka segala aktiviti raya adalah terhad,duduk rumah,makan borak dan tido.no-no to jalan-jalan open house,walaupun balik 2 negeri kelantan dan pahang situasi nya tetap sama,mabuk masih menguasai maka peram saja segala kamera.masak pun tak,serah kat mak aje,yang anakanda tau makan aje tahun ni,nak kemas pun malas tak larat,huhuhu
  rindu nak blogging tapi dek kerana nak taip pun malas maka next entri tak tau la bila nak publish,tungu mabuk reda dulu then baru gigih catch up blk segala entri yg dlm draft,see u then,selamat hari raya dari umi sekeluarga



matiklah dah raya seminggu lbh br nk wish selamat hari raya,haahhhhaaaa

Monday, July 29, 2013

takziah..

 malam tadi dalam pukul 12 lbh umi dpt msg mengatakan anak kawan umi meninggal.dia ni jiran masa rumah lama dulu.,so mmg kenal sgt anak-anak dia,ptg-ptg mmg main dpn umah,sihat,aktif aje budaknya.sampai satu saat dia kena serang sakit perut.mak dan ayah dia bw gi klinik biasa aje tp bila doktor check terus doktor suruh refer hospital.dari hosp.klang terus kena transfer ke hkl,something serious!
 doktor sahkan dia kena kanser stage 3,maka bermula lah episod berumahtangga kat spital,3 minggu sekali wat kemo..hampir stahun mcm tu..sampai la umi pindah ni.and finally ALLAH lebih menyayangi dia.sesungguhnya syurga lah tempatmu,dia masih kanak-kanak umur 10 tahun!ibu dia pun dah redha untuk lepaskan anaknya pergi.dia pergi pada malam 10 terakhir ramadhan.al-fatihah.

Tuesday, July 23, 2013

rezeki

  rezeki ni datang dlm pelbagai bentuk,alhamdullilah tempahan ada je untuk popia,karipap mini,serunding.cuma umi jer yang kadang-kadang rasa mcm tkt nak amek byk-byk takut tak sempat siap,so klu diri rasa was-was baik jgn,amek aje yg mampu buat,kang tak siap brg org lain kali org tak percaya dah..
  rezeki ramadhan thn ni jugak umi wat pregnancy test last week and results dia positif,alhamdullilah.cumanya agak teruk mabuk.pakej sekali dgn gastrik,maka melepek kat sofa aje la pose ni,nak masak beriya pun tak boleh.ini dah bukan morning sickness ni wholeday sickness,bayangkan start bgn utk masak sahur sampai nak tido mlm pening dan loya tu.bertabahlah wahai diri...so mood nak update blog adalah ke laut sekarang ni

Tuesday, July 16, 2013

panduan berpuasa semasa hamil

puasa mengikut trimester

Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu.

Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa.

Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak.

Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta.

Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Jadi tidak hairanlah, mengapa ibu yang kurang pemakanan biasanya mempunyai bayi yang kurus manakala fetus daripada ibu yang obes dan berlebihan nutrien, lazimnya gemuk.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya.

Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.

Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:

  • Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
  • Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
  • Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
  • Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
  • Pesakit jantung
  • Tumbesaran bayi yang terencat
  • Mengalami perdarahan semasa mengandung.

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Thursday, July 11, 2013

konsert extravaganza jamal abdillah

 


jamal abdillah satu nama besar dlm industri muzik,umi salah seorang peminat tegar dia!blh cair klu dgr lagu dia nih..umi membesar dgn lagu-lagu dia,penyanyi lelaki dlm malaysia ni ramai tapi nak cari yang betul-betul blh bertahan berapa kerat je,setakat ada 2 3 album pastu sepi..komersial aje lebih tapi kualiti ke laut!!!
 masa taip entri ni pun umi tgh layan lagu dari konsert extravaganza jamal abdillah kat astro ABOE .sanggup langgan  beb rm15,nak gi istana budaya mmg tak la kot,tgk kat tv pun rasa nk menitis airmata dgr suara dia,ni klu dpn2 mau aku histeria ni,hahhahaah.over!
  konsert ni tribute utk ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE.meremang bulu roma weii..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...