kita org start kawen dulu perit tau,masa tu umi dah berhenti keje,hubby plak masa tu basic kecik lg,nak bayar sewa rumah,duit keta,bil air ngan api,duit makan sume,mmg parah,ujung-ujung bulan tinggal berapa ringgit je dlm dompet,makan pun tak mewah,nasi goreng je..sob-sob
dua bulan kawen umi preggy,mula la save ckit-ckit,nak kata bagi mak kat kampung tu mmg tak la,sbb yg tanggung hubby sorang.balik kampung pun setahun sekali time raya je,itupun jenuh kumpul duit sebelum puasa lagi..walaupun kurang dari segi wang ringgit hubby tak pernah abaikan apa yg umi nak makan,maklumlah tgh preggy,makannya mengada ckit..tapi mujur umi tak mengidam yang pelik-pelik dan mahal.
perbezaan budaya juga byk menguji umi untuk faham sikap hubby,kami berlainan negeri,berlainan keturunan,berlainan citarasa,byk sgt bezanya,ntah kenapa aku jatuh cinta ngan dia pun aku tak tau,huhuhuhu.tahun pertama perkahwinan tu mmg kena byk sabar,walau kena uji macam-macam tapi umi yakinkan diri ujian ini untuk mematangkan umi,yesss,umi kawen masa umi berusia 21 tahun.terlalu muda bagi pandangan org lain,tapi dah jodoh ALLAH tetapkan maka redha saja.
masa berganti hidup kami berubah sedikit demi sedikit,walaupun belum mewah mana,sekurang-kurangnya kami boleh bernafas ckit,tidak terlalu senak,sudah mampu membeli rumah,kereta dah habis bayar,rezeki anak-anak,alhamdullilah
kakak ngan syira |
anak ketiga nana |
yaya yang ke empat |
rezeki ALLAH nak bagi dlm pelbagai bentuk ,mungkin kami kurang ckit dari segi wang ringgit tapi dari segi zuriat,alhamdullilah dipermudahkan,4 orang puteri penyeri hidup kami. dan sekarang umi preggy lagi anak ke 5,mudah-mudahan segalanya lancar,aminnn...
No comments:
Post a Comment