Friday, September 13, 2013

cabaran perkahwinan

   umi bukan pakar dan umi juga masih lagi dlm proses mengenali pasangan umi..tapi semoga apa yg umi kongsi menjadi ilmu kita bersama,insyaallah.masa bercinta ko tak kan mampu kenal true colour pasangan,sapa yg nak tunjuk segala kelemahan dpn awek/pakwe?dah sah-sah yg ko tunjuk tu yg baik-baik,bak kata org kentut yg busuk tu pun ko kata wangi,sume nampak indah je.
  semua orang yg kawen nak bahagia,tapi jgn ko fikir seronok saja..persiapkanlah mental,fizikal ko untuk hadapi masalah yg mungkin berbangkit sepanjang perkahwinan,apa yg penting bertolak ansur  dan mengalah bukan bereti kita kalah,kan?antara cabaran berumahtangga  ialah

1. Sukar Untuk Menyatukan Pendapat.

Banyak pasangan suami isteri baru yang sering berkelahi dalam perkara-perkara yang kurang penting seperti pilihan perabot dan tempat makan. Masing-masing mahu mempertahankan ego sendiri dan merasakan bahawa pendapat mereka lebih baik daripada pendapat pasangan..Aku masih teringat pesanan Professor Dr Muhayya semasa menghadiri kuliah beliau di surau pejabat  - “Better Be Kind Than be Right”..Mungkinsebenarnya, kita sudah berkali-kali melukakan hati pasangan  tanpa sedar kerana mempertahankan pendapat kita yang  dianggap lebih penting daripada mempertahankan keharmonian rumah tangga yang dipupuk bersama.Justeru,belajarlah untuk lebih berkompromi dan mengalah sekali sekala demi kesenangan pasangan.

2. Kewangan – Duitku Duitmu

Kebanyakan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk menguruskan perihal kewangan rumah tangga mereka.Soal belanja dapur,bil eletrik,bil internet,hutang kereta dan sebagainya boleh menjadi menjadi isu serius dan menimbulkan masalah besar dalam keluarga.Sikap terlalu boros dan terlalu berkira juga mungkin akan membuatkan pasangan merasa kurang senang dengan gaya hidup tersebut. Oleh yang demikian, suami isteri sewajarnya membincangkan masalah dan pengurusan mereka secara terbuka sejak awal perkahwinan lagi.Soal tabungan juga tidak boleh dilupa.
Kadang-kadang kita sering terlupa bahawa perkahwinan ini adalah satu ibadah.Lagi banyak kita memberi kepada pasangan dan keluarga,lagi banyak lagi pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah SWT. Ingatlah, setiap rezeki adalah milik Allah SWT. Mohonlah kepadaNya. Disamping itu, bahagikanlah tugas pembayaran bil ini secara adil dan saksama mengikut kemampuan pasangan.

3. Sukar Meninggalkan Gaya Hidup Bujang

Seringkali kita mengharapkan pasangan untuk memahami gaya hidup kita mendirikan rumah tangga.Sebelum ini kita mungkin bebas beraktiviti bersama rakan-rakan ,bekerja hingga lewat malam,menghias kereta berhabis-habisan dan sebagainya.Sebaiknya,fahami kehendak dan keperluan keluarga,dan luangkanlah lebih masa yang berkualiti bersama mereka.Pada masa yang sama,mereka yang masih bujang dan belum berkahwin juga perlu memahami dan menghormati keadaan sahabat mereka yang sudah membina masjid.

4. Sukar Bergaul Dengan Keluarga Mertua

Berkahwin dengan pasangan turut bermaksud ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan,khususnya ibu dan bapa mertua yang perlu disayangi dan dihormati seperti ibu bapa kita sendiri. Maka ,sebagai seorang ahli baru dalam keluarga  pasangan,kita perlu  pandai bergaul dan membawa diri.Setiap orang tentunya berbeza tahap pergaulannya.Ada yang pemalu dan pendiam,sukar untuk memulakan sesuatu perbualan sehinga dianggap sombong di kalangan keluarga mertua. Ada juga yang peramah dan bermulut becok.Justeru,adalah amat penting bagi kita untuk meminta pasangan memberi pemahaman yang sewajarnya kepada keluarga mertua tentang sikap kita bagi mengelakkan timbulnya salah sangka.Seiring dengan usaha tersebut,by hook or by crook,kita juga perlu belajar begaul dengan mereka.Mulakan dengan mencari titik persamaan antara kita dan mertua.eg:Menonton sukan bola sepak bersama atau berbicara tentang isu semasa (atau mungkin gossip-gosip semasa ).Jambatan hubungan ini perlu dibina secara kreatif dan  diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi menjamin keharmonian alam rumah tangga.

Solusi

Aku pernah meminta nasihat dan pesanan daripada sahabat serta ahli keluarga sebelum mendirikan bait al muslim ini.Antara beberapa pesanan yang biasa di berikan kepada ku adalah pesanan untuk sentiasa bersabar dan saling bertolak ansur. Mudah untuk diungkapkan namun sukar untuk dilaksanakan.Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ,ayat 187 yang bermaksud:

“Mereka wanita ialah pakaian bagi kamu,dan kamu juga adalah pakaian bagi mereka”

Dalam ayat di atas Allah SWT menggunakan perkataan ‘pakaian’ sebagai suatu analogi yang cukup indah bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan yang semestinya terjalin antara pasangan suami isteri.

Mengambil pandangan Professor  Dr Yusuf al Qardawi dalam bukunya Fatawa al Mar’ah al Muslimah(Fatwa-fatwa Tentang  Wanita Muslimah),beliau  menghuraikan beberapa makna ‘libasa ‘ dalam ayat tersebut sebagai penutup,pemelihara,pemanas,pembalut,perhiasan dan kecantikan.Sehubungan dengan itu,ia jelas menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita yang bergelar suami isteri harus mampu untuk menyediakan diri untuk menjadi pakaian terindah dan terbaik bagi mencerminkan imej dan identiti diri dan pasangan. 

Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, ingatlah pasangan kita adalah milik Allah SWT. Jagalah amanah yang diberikan ini dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Semoga Allah SWT merahmati kalian.

sumber fatehulkashfia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...