Saturday, March 23, 2013

resepi biskut chocolate chip

 


hari ni mood nak mengukis dtg lg,umi asal dtg mood je nak mengepau ke,membaking ke,mengukis je dan-dan tu juga ajak hubby cari brg..mujur la laki umi ni senang ajak keluar,on je manjanggg...
 saja buat biskut nih sbb time cuti skolah ni bdk-bdk kuat mkn,ada saja suh buat,haisshh dari dgr diaorg merengek time umi tak de mood nak masak baik umi buat sekarang,penuhkan balang kat dapur..tinggal diaorg kerjakan je sume tu nnt..
 jom semak resepi simple tp sdp







bahan di ayak
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional~umi tak masuk pun
50 gm kismis hitam - dibelah dua~yg ni pun tak,hihi

 Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



sumber dari  kak ct


Sunday, March 3, 2013

sambung kisah seminar

  maka dgn susah payah umi dan cik hubby gi cari mana la letaknya jerantut hill resort ni,padahal tiap kali balik umah nenek kat damak mmg lalu pun tapi tak perasan tempat tu.dah la dah terbabas jauh,so terpaksa patah balik ke pekan jerantut.mujur jumpa jugak.klu tak mmg terus balik la.puas melilau akhirnya jumpa bilik seminar,TAPI bila sampai aje kami suami isteri pandang satu sama lain,aikkkk!kata seminar kenapa yg ada hanya kami aje,mungkin budak g daftar tu perasan kami dah mula ragu so dia ckp seminar ni dibuat pagi sampai malam so kedatangan peserta berperingkat,ok lega sikit.then sblm masuk umi dah ckp ngan hubby kita dgr aje apa yg diaorg nk ckp,pastu kita blah sbb umi mmg dh tak sdp hati.
  lebih kurang 5 minit menunggu so datang la seorang lelaki melayu,then kami masuk bilik seminar tu.cara dia approach tu umi dah blh agak dah ni mesti bukan dari jabatan perikanan.lebih kepada salesman!!umi ni selagi ko ckp elok-elok ngan aku dan tak mendesak aku tak akan angkat bontot terus blah,dia cakap umi dgr,dlm pada tu menguap ada lbh 10 kali,serius umi ngantuk tp tahan sbb hormatkan org.pung-pang,pung-pang cerita punya cerita dia suh tgk video plak,maka layan la plak video tu.AND finally dia tanya so akak dan abang rasa berminat taknak sertai,demmmm!!!aku dh agak dah...diaorg ni dr syarikat yg bela ikan arowana tu!mmg umi tau pasal ikan arowana ni,potensi dia cuma umi tak de modal sebanyak yg di minta,rm27k!mana nak gagau..dah la tu sekali manager dia turun tanya,ya boss u mau bayar hari ke,cik hubby kata,kami nak tau dulu berapa modal nak sertai projek ni,so dgn angkuhnya dia ckp 27k,u bayar malam ni rm15k then baki bila loan lulus,gila ke apa suh byr on the spot gitu.lain kali ko aim je la org kaya,senang..panggil org yg tak berduit mcm umi ni mmg tak de nya nak join.lg pun klu tye org yg waras pun kurang-kurang sehari dua jugak balik pikir..
  habis tu terus cari kedai makan,lapar giler dah dkt kul 11 mlm blm makan lagi,punya la kami suami isteri berkejar nak dgr seminar tu..habuk pun x de!!

Thursday, February 28, 2013

gatal dalam badan..

serius seumur hidup tak pernah rasa gatal yg mcm ni,klu gatal kena gigit nyamuk ke,ulat ke,itu biasa aje lg pun mesti ada kesan bintik merah kat badan,tapi yg ni tak..gatal tapi tak tau  mana punca garu tapak tgn ,kat lengan plak gatal,pendek kata merata badan rasa.jenuh nak garu.klu tak garu azabnya menahan.last-last umi dah tak mampu lg,harus gi klinik jugak.tak pandai naktafsir sdr apa yg jadi ni so kita rujuk pd yg lebih arif.
 malam tadi lps cik hubby balik keje terus zass ke klinik,mujur org tak ramai,sekejap je dh blh masuk jumpa doktor,bila cerita kat doktor apa yg tak kena so first tanggapan dia,alahan!ermm,pastu dia check tekanan darah segala bagai,and yes tekanan darah sedikit tinggi,mmg sejak akhir-akhir ni umi kerap sakit kepala,penat dan tak cukup tido adalah punca utama.so doktor nasihatkan suh rest banyak-banyak  dan jgn tension sgt.cadang umi nak amek darah sekali tapi tak boleh plak sbb umi tak puasa dulu sblm amek darah so next time kena ulang balik wat blood test.hope evrything will be ok!
  lps balik klinik minum ckit terus makan ubat dan tidur,dah malas nak fikir apa-apa,hal anak-anak biar cik hubby yg uruskan,umi nak rest..seriously i'm tired!!!

Apakah punca rasa gatal ?
Gatal boleh timbul sebagai satu gejala tersendiri atau sebagai gejala kepada penyakit tertentu.
Antara punca gatal atau keadaan yang menyebabkan gatal adalah :
  • Kulit kering
  • Penyakit  kulit : dermatitis, ekzema, psoriasis, parut, kelemumur
  • Jangkitan kulit oleh kulat, kuman bakteria atau virus (cacar, HFMD)
  • Gigitan serangga , kutu
  • Alahan makanan, ubat, habuk dan lain-lain
  • Persekitaran : cuaca sejuk atau panas, berpeluh, penggunaan pakaian dari bahan tertentu, sabun , pewangi dll
  • Hormon : menopause, proses penuaan, kehamilan
  • Penyakit lain : diabetes, masalah hati. buah pinggang, tiroid, kanser, limfoma, kesan sampingan ubat dll
  • Psikologi : stress, kebimbangan (anxiety), tekanan
  •     rujukan dari http://imfcare.wordpress.com


 

Wednesday, February 27, 2013

jemputan ke seminar perikanan jerantut

 dulu cik hubby pernah dapat offer hadiri seminar pertanian anjuran fama,tapi disebabkan masa tidak mengizinkan so tak leh join,then semalam dapat col lg untuk hadiri kursus perikanan berkaitan ikan hiasan kat jerantut hill resort.okla tu,kita tambah ilmu berkaitan bidang ni,mana tau esok-esok pencen ada jugak cabang baru..
  nnt umi update perihal seminar yg akan berlangsung sabtu ini,kita share apa ilmu yg kita dapat..

Tuesday, February 26, 2013

simple dimple diaper bag

  minggu lepas umi order bag ni thru lazada,mula-mula cam takut-takut jgk bila baca review  pasal servis diaorg ni,tapi alhamdulillah barang yg umi order selamat sampai.tapi disebabkan byk bad review so umi pilih cara selamat iaitu c.o.d(cash on delivery).so takmo amek risiko dh buat payment tp brg tak dpt..ko hantar dulu barang aku then aku bayar,begitu kekdahnya!
 servis courier diaorg jgk ok,tpon dl sblm hantar..itula sajo reviewnya,nk ckp byk x blh umi ni first timer beli brg kat sini..harga nya cuma rm64.90,harga asal rm59.90 additional charge utk cod rm5.kira masih berbaloi lagi,nak harap kan umi kuar sdr,heret cik hubby plus ank-ank yg sederet tu mmg tak kot..keje-keje survey je dh separuh mall,blom belek brg alih -alih balik tgn kosong,hahah.sbb pernah terjadi umi nak gi beli handbag kat aeon bukit raja,maka dgn penuh semangat satu pasukan turun mall,org perempuan ni klu pilih brg bkn blh rembat gitu je mesti amek,belek letak,pusing lg..tapi disebabkan bw laki ngan ank-anak mana mau nya sesabar itu hubby umi ikut bontot je,dia dh start tarik muka,anak dh merengek,umi dh start tensen neh,so moh la anak-anak kita balik!!ni le beg nya,malas dh heret bakul susu,pakai beg gini ok la ckit,nampak stylo ckit,dia punya compartment pun byk.malas nak snap so kita cilok dr website simple dimple ye..

              

Sunday, February 24, 2013

bila nak kurus weyyhh??

 masuk bab kurus-mengkurus yg umi tak berapa gemar ni,dh beribu kali cabar diri utk diet,nan ado jugak!hahah..paling tak blh blah baru pantang nasi 3 hari umi kena gi klinik sbb darah rendah,boleh??
 ni baru semalam tanam niat nk kurangkan makan,alih-alih cik hubby yg budiman pelawa yb burger kat seksyen 7 tu,burger bapak punya besar tu!hoihh cukup pendengki laki mak ni..umi ni pantang pelawa on je,bagus yg laki bw blk,bini tggl nganga mulut,telan sume apa yg laki bw balik,alih-alih bini dh mcm tong drum jgn ko bising bang oiii..

Thursday, February 21, 2013

menyepi..

  dah lama tak update blog,bahan ada cuma time nak kembangkan badan opss!bakat sume jadi bantut,terus kaku dpn laptop.ntah la, kadang-kadang nak ketuk benda alah ni mood kena mariiii klu tak sesia je buka blog akhirnya blogwalking blog orang lain..umi sebenarnya lebih suka terjah blog org,belajar dari penulisan blogger yg otai,cara penyampaian content entry tu yg menarik minat umi selain tajuk yg gempak-gempak dan pelik.
 sebenarnya umi nak cite,umi dah melekat ngan satu blog ni,terbaca salah satu entry dia terus lompat ke entry-entry yg seterusnya.hurmm,kuatnya pengaruh kak diana
  pssstt,klu nak tau umi terpaksa ke klinik amek ubat sakit kat bahagian urat belakang kepala,sbb umi hadap blog kak di ni lama..mati la klu laki aku tau...hahahhahaa.blh kata 80% entry dia umi baca..salah posisi time hadap laptop tu pun ye jugak,sbb klu dh beratus entry umi baca,korang bayangkan la,mcm2 aksi dpn lappy,lps duduk umi baring,penat  baring umi ngiring..ni pun tak leh hadap lappy lama,sakit kepala..umi nak sambung rutin sebagai isteri mithali,nk masak,kemas,basuh.jemur,mop..bla bla bla bla bla...................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...