hari ni mood nak mengukis dtg lg,umi asal dtg mood je nak mengepau ke,membaking ke,mengukis je dan-dan tu juga ajak hubby cari brg..mujur la laki umi ni senang ajak keluar,on je manjanggg...
saja buat biskut nih sbb time cuti skolah ni bdk-bdk kuat mkn,ada saja suh buat,haisshh dari dgr diaorg merengek time umi tak de mood nak masak baik umi buat sekarang,penuhkan balang kat dapur..tinggal diaorg kerjakan je sume tu nnt..
jom semak resepi simple tp sdp
bahan di ayak
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam
Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional~umi tak masuk pun50 gm kismis hitam - dibelah dua~yg ni pun tak,hihi
Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9.
Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas
redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap
udara.sumber dari kak ct
No comments:
Post a Comment