dulu bila tengok daun sireh mesti teringat kan org nak wat hantaran kawen je,huhu..naif sgt langsung tak amek port pasal khasiat dia..bila dah start keje baru la luas ckit pengetahuan,itu pun sbb zaman ank dara kena jaga diri,umi ni tak suka pakai pembersih miss v yang ada kat pasaran,x serasi betul,kebetulan masa balik keje tu singgah kedai beli majalah wanita terjumpa petua membersih miss v guna air rebusan sireh,cantekkkk..esok tu pulak umi mmg cuti so merayau ke kajang cari daun sireh,mujur senang je dapatnya,balik hostel terus rebus,buat cebok dan minum..start dari hr tu tiap-tiap bulan mesti buat,best sgt!
sampai la dah kawen anak dah 4 umi masih amalkan lagi cuma tak kerap mcm zaman bujang dulu..tiap kali balik kampung umah MIL mesti amek,sbb mak mertua mmg tanam,sampaii biras ngan adik ipar siap tanya umi ni ada masalah keputihan ke?hihihi..sebenarnya umi pernah kena keputihan tapi sekali je time peknen ank yg ke 4,itu pun sekejap aje.tapi sbb kan khasiat dia byk dan bagus utk wanita maka umi amalkan jugak walau tak de masalah keputihan ni,cuma tak kerap..mencegah lagi baik dari mengubati kan?hehehe
ini antara khasiat daun sireh,
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
sumber dari ohbulan
No comments:
Post a Comment