Thursday, April 18, 2013

pati delima gulshan


                                                      

  masuk hari ni dah dekat seminggu umi amalkan minum pati delima gushan ni,beli dgn adik ipar rm18 aje,rasa dia sdp masam-masam manis.kadang-kadang klu malas nak bancuh ngan air umi minum mcm tu je dlm satu sudu besar,pagi dan malam.perut rasa ringan je,lancar je nak membuang tu..yang penting khasiat dia byk,bgs utk wanita..
  
 ini yg umi search kat internet tadi,sumber dari tuan tanah,terima kasih..


Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melancarkan peredaran darah
Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan…InsyaAllah…
Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
Awet muda…sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)…
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua…dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung…..Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang…!!! :)
Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin…
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...