Friday, May 3, 2013

selangor umum cuti hari isnin 6 mei ni?

                              


wow,umi betul-betul lega bila godek cik gugel td ada sumber dari harian metro menyatakan selangor umum cuti pada hari isnin ni,6 mei.fuhhh lega!walaupun umi tak balik kampung untuk mengundi tapi sian kat org yg balik mengundi jauh-jauh tu,mesti penat,.lagi-lagi yg ada anak sekolah.kalau setakat perjalanan 2-3 jam mungkin tak penat sgt tapi bygkan perjalanan makan 8-9 jam atas jalan(kg umi lerr tu,hihi) itu belum campur dgn jam bagai,huhu mmg penat!
  
 

Tuesday, April 30, 2013

rebat telefon rm200

    umi saja cuba nasib mana tau ada rezeki nak dapat rebat rm200 ni,lg pun tgh cari smartphone skang ni.cik hubby yg isi borang kat  sini,alhamdullilah ada rezeki.senang je syaratnya korang mesti

.. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

   dah isi tunggu kejap je terus dpt pengesahan,mcm umi hari tu,submit form dlm beberapa minit je dah tahu keputusan berjaya.korang print @ printscreen keputusan tu,nnt time nak beli telefon korang just bawa ic dan print pengesahan td ke mana-mana centre.tapi umi blom sempat lg nak pakai rebat ni tgh usha smartphone dulu sblm decide nak amek yng mana,korang yg dah guna rebat ni blh share pengalaman korang ngan umi..ni senarai centre yang terlibat..

Monday, April 29, 2013

terjumpa iklan ni...

blh baca tak?,umi terjumpa iklan ni time teman hubby ke klinik di bandar pusat jengka,berkekek-kekek kami gelak,yang no 1 dan 4 tu yg tak blh tahan..macam-macam la diaorg ni,hihihi

Friday, April 26, 2013

*wordless friday*

   hoyehhh,,ari ni dah jumaat,esok budak-budak tak sekolah umi blh rest ckit.mood malas giler hari ni nape ntah.masak pun idak lagi.mujur le anak tak cerewet goreng telur pun ok,sedap katanya..siap si yana(ank ke 3) cakap shedap la umi masyak nih,esyok masyak cam ni lagi tau,hahahaha lawak je.
  hari ni dok dpn lappy jer survey hotel kat perlis,kat langkawi dah settle.ada cadangan tak hotel yg murah sb nk stay 1 mlm je,rasa tak berbaloi nak byr mahal2,huhu

                                                  

Wednesday, April 24, 2013

mari!mari!mari!!!!pre order serunding,popia dan tart

   mari rapat mari dekat,nih akak nak nak buka table pagi-pagi ni,pre order serunding daging,ikan,popia simpul,popia nestum,tart nenas.mmg tiap-tiap tahun buat pun cuma tahun ni umi luaskan sedikit lagi open untuk online..
   harga murah je,kualiti insyaALLAH korang akan puas hati.umi saja buka order awal sbb senang bulan puasa nnt umi tggl siapkan aje order-order korang.boleh order sekarang sampai awal ramadhan saja.seminggu puasa umi tutup order ye sbb umi tak mau kelam kabut nak amek order dan siapkan tempahan serentak,tak terkejar ahkak nnt dik oiii!
   jom cekidaut harga

~serunding daging  500gram         rm30
~serunding ikan      500 gram        rm25
~popia simpul         500 gram        rm15
~popia nestum        500 gram         rm17
~tart nenas              50 biji              rm22

Friday, April 19, 2013

khasiat daun sireh

 
                                           



 dulu bila tengok daun sireh mesti teringat kan org nak wat hantaran kawen je,huhu..naif sgt langsung tak amek port pasal khasiat dia..bila dah start keje baru la luas ckit pengetahuan,itu pun sbb zaman ank dara kena jaga diri,umi ni tak suka pakai pembersih miss v yang ada kat pasaran,x serasi betul,kebetulan masa balik keje tu singgah kedai beli majalah wanita terjumpa petua membersih miss v guna air rebusan sireh,cantekkkk..esok tu pulak umi mmg cuti so merayau ke kajang cari daun sireh,mujur senang je dapatnya,balik hostel terus rebus,buat cebok dan minum..start dari hr tu tiap-tiap bulan mesti buat,best sgt!
      sampai la dah kawen anak dah 4 umi masih amalkan lagi cuma tak kerap mcm zaman bujang dulu..tiap kali balik kampung umah MIL mesti amek,sbb mak mertua mmg tanam,sampaii biras ngan adik ipar siap tanya umi ni ada masalah keputihan ke?hihihi..sebenarnya umi  pernah kena keputihan tapi sekali je time peknen ank yg ke 4,itu pun sekejap aje.tapi sbb kan khasiat dia byk dan bagus utk wanita maka umi amalkan jugak walau tak de masalah keputihan ni,cuma tak kerap..mencegah lagi baik dari mengubati kan?hehehe
  ini antara khasiat daun sireh,

1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
 
 
sumber dari ohbulan

Thursday, April 18, 2013

pati delima gulshan


                                                      

  masuk hari ni dah dekat seminggu umi amalkan minum pati delima gushan ni,beli dgn adik ipar rm18 aje,rasa dia sdp masam-masam manis.kadang-kadang klu malas nak bancuh ngan air umi minum mcm tu je dlm satu sudu besar,pagi dan malam.perut rasa ringan je,lancar je nak membuang tu..yang penting khasiat dia byk,bgs utk wanita..
  
 ini yg umi search kat internet tadi,sumber dari tuan tanah,terima kasih..


Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melancarkan peredaran darah
Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan…InsyaAllah…
Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
Awet muda…sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)…
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua…dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung…..Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang…!!! :)
Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin…
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...