Tuesday, June 11, 2013

money management

 wah tajukkkkk.macam pakar kewangan padahal diri sendiri lingkup,huahuahuahua.tak la ni saja umi kongsi tips pengurusan wang yg mana entri ni khas utk org-org yg tak blh handle duit LIKE ME!



                            

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.

SUMBER DARI SINI
 

 

Monday, June 10, 2013

pasembor padang kota

lama giler kot nak datang makan kat sini,tiap kali nak datang je mesti ada halangan,yg masa first time datang penang dulu tak boleh masuk padang kota sbb tak jumpa,boleh???hahahha.
datang kali kedua pun tak lepas masuk jugak sbb ada event kat situ,so hampa lg.x pe kita pekena nasi kandar je ,so dtg kali ni mmg kita aim padang kota je ,nasi kandar malas nak singgah.nak makan pasembor je sbb time peknen dulu mengidam nak makan tapi tak dpt,menjejeh-jejeh air liur anak aku,hihihi.
dah licin sepinggan
lepas makan pasembor jalan-jalan jap pastu blah balik selangor..penat nyaa.

hasil rembatan di langkawi



ni jer yg mampu umi rembat masa kat langkawi,klu ikut hati mau 3 kapal angkut bw balik,haahahahah.ada lg gmbr yg umi tak snap,antaranya luggage,coklat dan t shirt ...

pemanggang ajaib rm79
set pisau rm19.90
set sudu rm25
minyak gamat rm10 untuk 12 botol
handbag dgn 70 % less
sandal
fridge magnet 3 rm10

kos bercuti ke langkawi

seperti yg umi janji hari tu,umi nak senaraikan total kos untuk percutian 3 hari 2 malam ke langkawi tempohari.

dari klang ke jeti kuala perlis
  • minyak                                 >rm90
  • tol                                         >rm53.90
  • parking kat jeti                     >rm30
  • tiket feri                                >rm88  ( rm18dewasa rm13 kanak-kanak)
  • sarapan                                  >rm24.70
  • kereta sewa                            >rm200
  • isi minyak                              >rm20
  • lunch                                      >rm33
  • pasaraya                                 >rm32.40 (beli pampers,biskut  dan actifast)
  • bird paradise                          >rm60 (rm15 dewasa rm10 kanak-kanak)
  • pasembor                               >rm7
  • laksa power                           >rm12
  • bahan masak                         >rm30
  • kedai tomyam                       >rm21
  • ubat demam dan selesema    >rm18
  • laksa ikan sekoq                    > rm12
  • isi minyak                              >rm20
  • hj.ismail group                      >rm218.20
  • hj.ismail group                      >rm204.60
  • hj.ismail group                      >rm79
  • teow soon huat                      >rm95.70
  • teow soon huat                      >rm53.95
  • souvenier                              >rm 37
  • tiket feri balik                        >rm77
  • homestay                                >rm500
  • jajan                                        >rm100
TOTAL RM2117.45
*garukepalatakgatal* 


Sunday, June 9, 2013

resepi masak lemak cili api daging bersama rebung

weekend klu tak  berjalan mmg umi masak je keje nya,memenuhi selera seisi rumah,sorang demand nak itu,sorang nak ini,tapi seronok sebenarnya masak,pastu masing-masing makan sampai licin!
semak resepi campak-campak dari umi

daging dlm stgh kilo ~dibakar
rebung sebungkus ~rm2
cili api~ikut tekak korang nak pedas buh byk
serai ~2 batang
bawang merah ~2biji
bawang putih ~1 biji
kunyit hidup~2 inci
 asam keping
santan
garam
aji

cara-caranya
daging tu bakar pastu slice nipis-nipis
tumbuk cili api,bawang merah,bawang putih,kunyit hidup
masuk santan dlm periuk pastu masuk kan bahan tumbuk tu
ketuk serai masuk dlm santan
masak sekejap,pastu masuk daging dan rebung
masuk asam keping,garam dan aji.SIAP!!!!



bercuti ke perlis

ok,turun dari feri kami terus check in di T HOTEL KUALA PERLIS,senang tul keje ari ni,terminal feri ngan hotel ni berdepan je,betul;-betul seberang jalan.hubby gi masukkan luggage dlm keta umi settle kan check in,masa sampai jeti tu ngam-ngam kul 2 ptg so terus blh check in,lega!
masuk bilik je terus terkam katil,i is penat!!!!bilik ok,kemas,bersih,ada tv,mini fridge tapi x de kettle.so klu nak air panas korang kena turun bwh amek kat kat kaunter sbb kat situ ada mesin air,free je.tapi agak menyusahkan jugak klu korang jenis malas nk turun naik tangga.rugi lemak ai..kehkehkeh

ni la rupa bilik yg kami stay tu

untuk 2 katil queen ni rate dia rm159 untuk 2 hari 1 malam.ok la kot sbb time cuti skolah kan,including bekfes skali.
dapat seaview beb!sonoknya makcik..bgn pagi tgk laut,tgk bot&feri ohhh syorgga..
soal makan korang tak perlu risau sbb kat area jeti mmg ada medan seafood,ko standby duit je.mlm tu umi order ikan pari bakar,kerang bakar,ketam masak sup,sotong goreng tepung ngan tomyam campur.so total rm 53 sajor..tapi ni umi amek dlm kuantiti yg ckit-ckit je.kira murah la.


pedas ye banggg?hehe
masa nak checkout tu umi ke pejabat pelancongan kat sebelah hotel utk amek map.utk rujukan jer sbb most of the time umi tgk signboard je.
tujuan utama mmg nk ke tempat ni,tapi kempunan la sbb angggur habis,keciwaaa!
nampak tak anggur tu,kocik bonar..amek gambar je la  rugi dtg jauh-jauh ni tak dpt apa-apa.masuk sini kena tiket ye rm2 utk dewasa dan rm1 utk kanak-kanak.

pastu cari pulak ladang harummanis,sama jugak yg jual tepi jalan tu sume thailand punya bukan harumanis.jgn cpt mengalah cari jugak sbb mmg aim 2 jenis buah ni klu dtg perlis,mujur la ada,tapi buah blh cukup masak kena peram dulu dlm seminggu,sbb buah dah last-last so harga sgt mahal rm30 sekilo!!!hubby beli 5 kg..pejam mata je bayar.
ni ladang nya,satu jalan je klu ke ladang anggur,kat jalan sungai batu pahat rasanya.dah dpt sume yg dihajati tu baru la perut rasa lapar tgk jam dkt kul 4 ptg ,mkn tgh ari tak lg ni..singgagh sini pekena nasi kandar dulu,serius sedap weii,anak umi yg tak suka peda pun layan sampai bertambah
hasrat murni nak ke padang besar tak tertunai,nak ke ladang tebu pun tak dapat dek kerana masa,next time kot kami singgah sbb makcik dah pokai no more shopping!huhuu.tapi kami tak terus balik selangor masih ada negeri lain yg nak singgah ,penang here we come!!







langkawi part 3

ok,sambung ckit lg ye..kali ni kita rojak kan sume skali gus,makcik dah malas nak taip,miahahahha

coklat ni hasil rembatan masa jenjalan kat pekan kuah,mula-mula terpusing jugak cari hj ismail group ni siap sms owner homestay tanya kat mana kedai ni ,sekali dari jauh umi nampak bangunan hijau,wink wink!!melompat makcik dlm keta,ahahha jakun tul!balik homestay malam tu belasah sampai nak muntah,amek ko nak sgt kan..
budak ni mmg tak reti muak,makan sampai sembelit hahahhah

tetiba aku bertanduk kat langkawi,hahahha.ni hubby punya keje.ni kat dataran helang
masih di dataran helang,panas wooo
singgah kat kawasan air terjun just amek gambar je



pastu singgah pulak kat satu tempat nama dia pemandangan indah,nak dptkan view cantik punya pasal kena menapak nek tangga.mengah-mengah nak sampai,mujur atas tu mmg cantik.kat belakang umi tu airport masa tu ada kapal terbang mas nak berlepas.igt nak snap masa dia betul-betul berlepas tp tak sempat sbb time tu dah ramai yg naik,udah la panas terik

lepak pantai kok,bersih je pantai dia..rasa nak terjun mandi time tu jugak tapi mmg tak la panas woo
tak dapat mandi dpt main pasir pun jadi la,hahhaha.si kenit tu protes sbb tak leh mandi
singgah makam mahsuri tapi tak masuk pun lepak luar je amek gambar.ramai orang time ni
2 orang ni je masih gigih bg peace,yg 2 org lagi dah malas siap sound umi,tadi kan dah amek gmbr,sabau je la

masa nak balik homestay tu mmg umi nak singgah kat perusahaan minyak gamat nusantara ni,sbb apa ??kat sini ada replika botol myk gamat bagak besar tu,itu yg umi nak sgt singgah nak amek gambar je asalnya,pastu masuk dlm kedai tak tau nak beli apa-apa,amek je la sedozen myk gamat ngan air gamat 2 botol wat buah tgn,hihi.elok kitaorg kuar kedai tu,terus pekerja dia tarik pintu tutup,ohhh,rupanya kul 7 diaorg dh tutup.umi tak tau pun,hahha.
last day kat langkawi,gigih kami anak-beranak kuar awl pagi dlm kul 8 gitu sbb nak amek gmbr kat helang ni,masa yg pegi hari tu,tak leh amek full cam ni sbb ramai org pulak tu ada satu family ni penuh kat atas ni,melepak ok kat dpn huruf tu,org lain tak de can la gayanya.sakit je hati.kali ni dtg awal pagi mmg x de org lagi,yg ada budak sapu sampah kat dataran tu je,
kena paksa amek gambar lagi muka tak ikhlas je
lepas amek gmbr kitaorg gi beli tiket kat jeti uutk kul 12.30 hari ,bagi yg tak biasa tempat untuk beli tiket feri kat belakang kfc ye,umi hari tu pun puas melilau cari kaunter tiket

ni dah selamat naik feri utk ke kuala perlis,bye-bye langkawi ada rezeki kita datang lagi.dpt seat kat bawah langsung x de view,huhudah la dpn sekali pulak tu tong sampah dpn seat,hohoo!


*nnt umi wat entri utk total kos,including apa yg umi shopping hari tu,malas nak upload lgi ni



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...