wah tajukkkkk.macam pakar kewangan padahal diri sendiri lingkup,huahuahuahua.tak la ni saja umi kongsi tips pengurusan wang yg mana entri ni khas utk org-org yg tak blh handle duit LIKE ME!
|
1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan
asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda
perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding
kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun
RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak
kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi
pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada
memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi
kesan yang besar pada tabungan.
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang
perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada
masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan
mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang
terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk
melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang
BESAR!
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika
syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk
mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang
disediakan untuk pekerja.
5. Menabung.
Pastikan anda
menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji
sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara
automatik untuk akaun yang berbeza.
6. Melabur.
Pastikan
anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum
untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun
simpanan.
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah
nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja.
Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan
perbelanjaan yang tidak perlu.
8. Semak liputan insurans
Ramai
orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa
terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda
mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak
membebankan kedudukan kewangan.
9. Kemas kini wasiat
Lindungi
orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa
sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak
mempunyai wasiat.
10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika
anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas
pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan
tertentu.
SUMBER DARI SINI |
|
|
|
|
National Consumer Campaign | Published By FOMCA |
|
No comments:
Post a Comment