Monday, October 1, 2012

proses tukar nama owner baru di tnb

Jika kita membeli rumah sub-sale (terpakai), maka terdapat keperluan utk urusan tukar nama bagi segala bil utiliti yang standard iaitu bil api, bil air, bil cukai taksiran dan cukai tanah. Dan keperluan itu menjadi tahap WAJIB sekiranya property yang kita beli itu sudah tiada sambungan meter elektrik ataupun meter air.

Biasanya owner lama (penjual) akan potong bekalan elektrik sebaik saja urusan jual beli selesai. Maka sebagai owner baru, kita boleh lah memohon penyambungan semula dan penukaran nama ini dibuat serta merta.

Boleh telefon TNB careline 1300 885454 utk mendapat info kaunter TNB mana yg patut kita terjah utk lunaskan urusan ini. Dan sila sediakan dokumen2 berikut (1 copy) :

1. Borang Tukar Nama yg boleh di dapati di kaunter TNB
2. Salinan Kad Pengenalan pemilik baru
3. Salinan S&P
4. Setem Hasil bernilai RM10 sebanyak 2 keping (RM10 x 2 keping)
5. Bayaran Deposit

Sampai di kaunter TNB, cakap saja mahu buat proses tukar nama dan mohon meter baru (jika elektriknya telah dipotong). Maka akan di beri 1 borang utk di isi. Di kaunter TNB selalu nya ada 2 jenis button utk nombor giliran - pembayaran dan perkhidmatan. Pastikan kita tekan no. giliran di butang perkhidmatan.

Bila di kaunter, sila forward kan borang yg telah di isi dan segala dokumen yang diperlukan tadi. Akan dapat 1 penyata (deposit) utk dibuat pembayaran nya terlebih dahulu sebelum di sahkan. Jumlah deposit meter ini katanya bergantung pada jenis rumah (flat, apartment(high, medium, low cost), teres, banglo, dan lain2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...