hari ni umi nk kongsi satu resepi char kuew teow ,mmg best sgt rasa mcm mkn kat kedai.resepi ni umi dapat dr myresepi,tenkiu la kpd penyumbang resepi ni,thumbs up!maaf ye gmbr umi x snap,jadi godek cik gugel je.
umi mmg suka kuah banjir,best tak henggat.jom layan resepi
Bahan-bahan ( 2 org )
· * UTK PASTE *
· 200 gm udang
· 250ml air
· 4 ulas bawang putih di ketuk
· 6 sb sos tiram
· 3 sk kicap pekat
· 3 sb kicap manis
· 1 sk petis
· 2 sb pati ikan bilis / pati udang
· 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
· 1 sk gula
· * UTK MEE *
· 300 gm kuey teow
· 1 sb cili boh
· kerang
· sedikit kucai & taugeh
· 2 biji telur
Cara-cara
1 UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2 Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3 UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4 Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5 **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
No comments:
Post a Comment